seismik

Lelaki Ini Cipta 'Guinness World Records' Berbaju Melayu Bulan Bintang Dalam Full Marathon

Edan Syah menamatkan full marathon itu dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat.

Cover image via @edansyah (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, seorang anak muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa

Pelari maraton dan jurulatih larian Malaysia iaitu Mohd Syahidan Alias berjaya dalam percubaan Guinness World Records untuk maraton penuh terpantas dengan berbaju Melayu di Marathon London baru-baru ini.

Mohd Syahidan, yang lebih mesra dikenali sebagai Edan Syah, 36, kongsikan berita gembira itu melalui media sosialnya.

“Alhamdulilah, misi tercapai! Kami mencapai misi di bawah 3 jam sebagai pemegang Guinness World Records,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Berjaya tamatkan full marathon dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat

Beliau menamatkan maraton penuh dengan berbaju melayu buatan Bulan Bintang dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat. Edan mengucap terima kasih kepada pihak syarikat berkenaan kerana menaja pakaian lariannya itu.

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat kerana mempercayai, memberi peluang dan menerima idea ‘luar kotak’ saya untuk projek ini.

“Anda berani mencipta penanda aras baharu tentang apa yang boleh dan melakukan perkara yang mustahil,” kata Edan.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusnya, Jolene Hong atas kepercayaan dan semua pengaturan dengan GWR dan pasukan Bulan Bintang.

“Kami telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat. Terima kasih atas doa anda dan menyokong perjalanan. Apa seterusnya?,” tambah Syahidan.

Sebagai rekod, pada 2019, Syahidan telah berjaya mencipta rekod dunia bagi larian maraton penuh terpantas dalam kategori kostum bendera negara dengan masa 2 jam, 54 minit di Sydney Marathon.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: