seismik

Lelaki Ini Lakonkan Situasi 'Paling Seram' Masa Main Playstation 2 Buat Ramai Dapat Relate

Kenangan betul!

Cover image via @sonicwebs (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai dekat sini yang pernah bermain permainan video popular PlayStation betul tak?

Kalau dilihat sekarang, PlayStation kini sudah pun mempunyai keluaran kelima mereka iaitu PlayStation 5. Tetapi, antara PlayStation yang menjadi bualan hangat dulu ialah tak lain tak bukan PlayStation 2.

Pada masa ini ramai anak-anak muda yang berebut-rebut mahu dapatkan permainan ini. Harganya pun tidaklah seperti sekarang yang sedikit agak mahal oleh kerana teknologi dan sistem yang baru.

Baru-baru ini di TikTok seorang lelaki telah melakonkan kembali situasi semasa main PlayStation 2 dulu yang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sonicwebs

Sumpah dulu berdebar do. Cuak dia mcm nak tahu result SPM. ##fyp

original sound - SonicWebs

Lakonkan kembali situasi 'seram' masa main PlayStation 2

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang melakonkan kembali bagaimana keadaan dulu semasa bermain PlayStation 2.

Dia kemudian menunjukkan waktu paling menakutkan iaitu saat selepas memasukkan CD permainan tersebut di dalam konsol.

Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap berdoa agar konsol itu dapat membaca CD berkenaan untuk membolehkan dia bermain. Di akhir video kelihatan dia gembira selepas melihat perkataan "PlayStation 2" keluar di TV menunjukkan CD tersebut dapat dibaca.

"Heartbreak doh bila keluar warna merah error tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka mengenai permainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 825.8K views, 133.5K likes dan 3,557 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Teringat pula dulu masa nak main, memang sebiji macam lakonan dia ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: