Lelaki Jatuh Hati Pada Gadis Ayu Di App Tinder, Ingat Manusia Rupa-Rupanya Hantu! Seram!
Main Tinder nak jumpa jodoh, tapi terjumpa hantu.
Apa itu Tinder?
Tinder merupakan aplikasi dating terbaru yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat negara kita.
Ibarat agen pencari jodoh, Tinder berfungsi melalui GPS yang membolehkan penggunanya untuk melihat profil pengguna lain dalam jarak yang sama.
Jika sukakan profil tersebut, swipe ke kanan untuk memberi tanda bahawa anda berminat. Sekiranya pengguna tersebut memberi respon dengan turut swipe ke kanan, anda berdua boleh memulakan perbualan.
Tapi macam mana pula kalau orang yang di-swipe kanan itu sebenarnya bukan orang, tapi...
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @AqilRasid telah berkongsikan pengalaman seseorang bernama Ashraf yang terjatuh hati pada seorang gadis yang dijumpainya menerusi aplikasi Tinder.
Ashraf yang suka pada kelembutan dan keayuan yang ditunjukkan oleh Maya itu, membolehkan dia melupakan cinta lamanya, walaupun baru 2 bulan berkenalan.
Siapa sangka pada temu janji mereka yang ke-7, baru Ashraf tahu perkara sebenar.
Sedang mereka berjalan-jalan sambil bercakap, Ashraf perasan yang orang sekeliling memerhatikan mereka
Okay, sebenarnya cerita ini rekaan semata-mata
Huishh, kalau cerita ini cerita benar mungkin rasa seram tu akan banyak sikit.
Yang suka ber-Tinder tu, selamat ber-Tinder!