seismik

[VIDEO] Lelaki Terpaksa Berpaut Di Ski Lift Turkiye Sebelum Berjaya Selamatkan Diri

Bahayanya, kalau jatuh ni memang patah tulang.

Cover image via @nikalinikmuhammad (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki struggle untuk menyelamatkan diri

Lelaki itu dan rakannya dilihat menaiki Ski Lift yang berada di Turkiye pada musim salji. Namun, apa yang membuatkan ramai cuak adalah apabila lelaki itu dilihat terhayun sambil tangannya berpaut pada kerusi Ski Lift. 

Tidak tahu apa punca lelaki itu terjun dari tempat duduknya, pengunjung yang berada di situ mengakui terkejut melihat perkara itu. Salah seorang lelaki sempat merakam video dan memberi keterangan kepada pihak polis.

"Aku dipanggil pihak polis Turkey untuk memberi kerjasama sebagai saksi utama. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Ngeri sungguh tengok depan mata punya lah struggle brother tu bertahan. Kalau terlepas confirm patah kaki atau patah tulang rusuk.

"Nasib baik aku rakam video ni soal siasat jadi ringkas, lepas semua settle ramai yang cari aku sebab nak video ni. Mengikut pengalaman aku, kalau dia jatuh confirm patah kaki tak pun tulang rusuk" tulisnya. 

"Seram pula tengok" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 54K tanda suka dan 22 komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Seram betul, kecut betul perut rasa tengok!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: