Lepas Group 'Masak Apa Tak Jadi', Kini Turn 'Suami Masak Apa Hari Ini' Bikin Panas Di FB
Peringatan! Group ini hanya untuk para suami sahaja tau!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan satu 'group' yang dikenali sebagai 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini' ditubuhkan di Facebook
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa di dalam group tersebut, pelbagai koleksi 'makanan tak jadi' boleh dikongsikan oleh netizen tanpa mengira jantina, kaum mahupun status.
Bahkan apa yang lebih hebatnya group tersebut, ia juga pernah mendapat perhatian dan disebut sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khasnya sebelum ini.
Tetapi kali ini, untuk makluman anda, terdapat sebuah lagi group baru telah ditubuhkan di Facebook yang dikenali sebagai 'Suami Masak Apa Hari Ini' (SMAHI)
Yang menariknya, group ini hanya dikhaskan buat para suami untuk berkongsi resipi serta pelbagai jenis menu yang dimasak oleh mereka ketika di rumah.
Haaa... Jadi maknanya, para wanita dan isteri DILARANG sama sekali ye join group ni!
Bukan itu sahaja, admin group ini turut menetapkan syarat bahawa suami hanya boleh memuatnaik gambar ataupun video air tangan mereka sahaja dan bukannya hasil yang dimasak oleh isteri mahupun 'Pakcik Google'.
Amboi! Sampai macam tu sekali syaratnya. Haha! Tapi baguslah, boleh kita tengok betul-betul air tanya para suami ni kan. Mesti hebat!
Untuk makluman, meskipun baru sahaja ditubuhkan, group ini sudah memiliki lebih daripada 50 ribu members tau. Ini bermakna, pasti sudah ramai sang suami yang join group ni.
Jadi, apa kata kita tengok serba sikit hasil air tangan para suami yang telah dikongsikan dalam group ini