Liga Super Bakal Temui Peminat Secara Rasmi Di eFootball? – “Faisal Halim Dalam 4K!”

Tak sabar nak pakai Selangor bantai Arsenal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat bola sepak liga Malaysia dijangka akhirnya dapat menggunakan pasukan kegemaran masing-masing dalam permainan video eFootball

Baru-baru ini, tular di laman sosial beberapa tangkap layar memaparkan pemain-pemain dan pasukan liga Malaysia sudah tersedia di dalam permainan video bola sepak eFootball.

Kemas kini terbaharu untuk permainan video ini dijangka melibatkan penyertaan liga Malaysia iaitu Liga Super dalam senarai liga bola sepak yang tersedia.

Selain itu, mode Master League yang sekian lama ditunggu-tunggu peminat eFootball dari era Pro Evolution Soccer juga dikatakan akan kembali dalam permainan ini.

SAYS.com
Image via Facebook

Menggunakan pasukan sebenar dan menampilkan jersi rasmi dalam permainan

Kerjasama baharu ini yang dibentuk bersama Liga Bola Sepak Malaysia, menandakan langkah penting dalam membawa bola sepak domestik Malaysia ke dalam arena e-sports global.

Dengan adanya pelesenan rasmi ini, pemain boleh menikmati pengalaman yang lebih imersif menampilkan pasukan kegemaran mereka di samping dapat melihat penjenamaan dan identiti liga yang kini diiktiraf eFootball.

Lihat antara tangkap layar tersebut di bawah:

SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik