Lihat Bagaimana 'MUA' Ini Mengekspresi Diri Melalui Muzik
Single terbarunya 'Cinta Tak Sempurna' berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.
"Membahagi masa diantara muzik dan makeup tidak begitu susah kerana kedua-duanya dalam industri yang sama."
Daripada temubual bersamanya, Neesa memberitahu bahawa semuanya cuma perlu ada pengaturan masa.
Muzik adalah sesuatu yang saya buat semasa masa terluang dan juga caranya untuk mengekspresi diri.
Muzik juga secara tidak langsung memberikan ilham kepadanya untuk berseni, baik dari segi make up dan juga seninya yang lain.
Neesa atau nama penuhnya Haneesa Abdullah merupakan seorang penata rias yang mempunyai bakat besar dalam nyanyian. Meminati muzik sejak dari kecil lagi, dia banyak dipengahuri dengan menonton konsert dan juga teater muzikal.
Dia juga merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam "advertising design" dari Limkokwing University Cyberjaya.
Single Cinta Tak Sempurna merupakan karya sulungnya yang dilancarkan tahun ini
Lagu ini ditulis dan dikompos oleh Arief Ferdinand dan Raja Hafizee, lagu ini berdurasi 4 minit dan menceritakan tentang kisah tragis berkenaan cinta yang mendalam antara dua jiwa yang tidak berbuah dan hanya kesedihan dan kesepian yang menghantui si mangsa.
Namun masing-masing masih menaruh harapan untuk menyawai kembali rasa cinta yang mereka alami seakan tiada cinta yang lebih agung daripada percintaan mereka.
Lagu ini dicipta berdasarkan kesedihan yang dialami oleh penulis lagu dan penyanyi sendiri
Minat yang mendalam pada muzik dari Eropah dan muzik latar belakang filem telah menjadikan sumber inspirasi untuk pembikinan lagu Cinta Tak Sempurna.
Dengan sentuhan balada dan campuran energy pop dan rock, serta disulam dengan cinematic feel, terciptanya satu karya muzik yang sesuai untuk para pendengar di seluruh dunia.
Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanahair
Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!