Lotus’s Mohon Maaf Isu Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Sahkan Ambil Tindakan Tatatertib

Difahamkan, siasatan dalaman telah selesai dijalankan dan tindakan tatatertib sewajarnya sudah diambil terhadap pihak yang terlibat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lotus's Malaysia & Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lotus's Malaysia akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden seorang wanita sarat hamil yang didakwa dituduh mencuri ketika membeli-belah di cawangan Selayang, Selangor

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, syarikat itu berkata siasatan dalaman telah selesai dijalankan dan tindakan tatatertib sewajarnya sudah diambil terhadap pihak yang terlibat.

"Kami mendapati bahawa cara insiden ini dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya diharapkan pelanggan terhadap Lotus's, mahupun standard yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri.

"Kepada pelanggan, isteri beliau serta keluarga mereka, kami ingin memohon maaf atas insiden yang telah berlaku.

"Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah bersama kami. Kami amat kesal atas pengalaman yang telah mereka lalui. Kami juga telah menghubungi keluarga tersebut secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka
," jelasnya.

Lotus's turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang memperkukuhkan garis panduan, prosedur serta latihan kakitangan bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa hadapan

Dalam masa sama, syarikat itu melahirkan rasa kesal terhadap gangguan peribadi dan ugutan dalam talian yang diterima pekerja serta ahli keluarga mereka susulan insiden tersebut.

"Kami mohon agar semua pihak menghormati privasi, kesejahteraan dan harga diri setiap individu terbabit serta membenarkan perkara ini diteruskan dengan penuh persefahaman dan ihsan," katanya lagi.

Lotus's turut menegaskan bahawa insiden itu menjadi peringatan untuk terus mengutamakan layanan yang penuh empati dan hormat terhadap setiap pelanggan.

"Kami kekal komited untuk mengambil iktibar daripada pengalaman ini, terus menambah baik mutu perkhidmatan kami, serta terus berusaha meraih kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada Lotus's setiap hari," katanya.

Terdahulu, suami kepada wanita berusia 23 tahun itu mendakwa isterinya yang sedang hamil 38 minggu diarahkan berdiri kira-kira 20 minit selepas disyaki menyembunyikan barangan di dalam pakaian ketika membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Perkongsian itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai, sehingga mendorong Lotus's menjalankan siasatan dalaman sebelum mengeluarkan permohonan maaf serta mengesahkan tindakan telah diambil terhadap pihak yang terlibat.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Lotus's Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: