seismik

LPM, TT Gratia Meterai Perjanjian Pembinaan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000 Di Melaka

Sebanyak 998 unit kediaman teres dan kedai dengan harga jualan antara RM70,000 hingga RM250,000 sebuah bakal dibina di Machap, Alor Gajah.

Cover image via Lembaga Perumahan Melaka (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu perjanjian pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) telah dimeterai antara TT Gratia Land Development Sdn Bhd dan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) untuk projek perumahan di Machap, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini

Projek yang bakal siap pada tahun 2027 itu menyaksikan pembinaan hampir 1,000 buah RMM ditawarkan kepada rakyat berpendapatan rendah di Melaka sekali gus memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 'satu keluarga satu rumah'.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan di tapak berkeluasan 39.27 hektar di lot tanah PT 3556 Mukim Machap, Alor Gajah yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (kiri) dan Pengarah Urusan TT Gratia Sdn Bhd, Datuk Dr Tan Wei Joon.

Image via Lembaga Perumahan Melaka (Facebook)

Menerusi perjanjian tersebut secara keseluruhan TT Gratia Land Development akan membangunkan sebanyak 998 unit kediaman.

"Sebanyak 10 peratus iaitu 100 buah Rumah Kos Rendah (RKR) dengan harga jualan RM70,000 seunit dan 100 unit Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dengan harga jualan RM120,000 seunit akan dibina.

"Selain itu, 778 unit kediaman RMM jenis Adengan harga jualan RM180,000 seunit dan 20 unit kedai pada harga jualan RM250,000 seunit juga termasuk dalam projek ini," katanya dalam sidang media di Kompleks Seri Negeri baru-baru ini.

Melaka mempunyai projek RMM dengan harga terendah setakat ini dan berharap akan terus menawarkan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini

Pengarah Urusan TT Gratia Sdn Bhd, Datuk Dr Tan Wei Joon bekata, pihaknya berbesar hati apabila usaha pembinaan RMM ini diterima baik oleh pihak kerajaan negeri.

"Ini adalah kerjasama pertama kami dan LPM dan dalam masa sama sebagai membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri.

"Saya pasti, ramai yang menantikan projek ini dibuka untuk tempahan dan berharap selepas ini pihak kami akan bekerjasama lagi dengan LPM untuk projek RMM akan datang," ujarnya.

Tambahnya lagi, tempahan akan mula dibuka pada pertengahan tahun 2025 dan permohonan bolehlah melalui laman web Lembaga Perumahan Melaka atau menghubungi ibu pejabat TT Gratia Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad (RTB), Faudzi Mt Din (tengah).

Image via Lembaga Perumahan Melaka (Facebook)

Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad (RTB), Faudzi Mt Din berkata RTB bertindak sebagai penjaga amanah pelaburan bagi projek ini.

"Jika pihak pemaju TT Gratia memerlukan dana tersebut perlulah memohon kepada kami dan kita akan buat cross checking kemudian barulah dana tersebut boleh dikeluarkan.

"Dana ini akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut proses pembinaan yang dilakukan," katanya.

Untuk rekod, pada November lalu satu perjanjian kerjasama telah termeterai antara RTB, TT Gratia dan Nusa Kapital melibatkan dana sebanyak RM50 juta.

RTB akan menjadi peme­gang amanah bagi dana tersebut untuk memastikan kelancaran projek ini mengikut perjanjian yang dimeterai malah memantau tadbir urus Nusa Kapital dan juga TT Gratia bagi melindungi hak pelabur sekali gus kepada para pembeli projek berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: