Villa Ultra Moden Lagi Rustik Ini Sememangnya ‘Best Kept Secret’ Di Tanjung Malim!
Ya, memang tak pernah tahu resort sebegini wujud di Tanjung Malim. Sangat wow!
Lihat saja pada gambar ini, terus kami rasa terpegun. Cantik dan sangat cool!
Melalui gambar ini, kami dapat tafsirkan 3 perkara yang ada di tempat ini iaitu:
1. Tempat penginapan unik = Check
2. Taman dengan kerusi santai = Check
3. Suasana resort dalam hutan = Check
Nampaknya, 3 checklist di atas sudah memadai untuk menjadikan tempat ini kunjungan seterusnya apabila bercuti nanti. Mesti best kalau dapat menginap di sini.
Kami pun mula tertanya-tanya dan mencari di manakah lokasi sebenar vila ini. Tengokkan gaya macam di Bali.
Sebab...Bali memang sangat terkenal dengan penginapan berkonsep vila yang lengkap dengan kolam renang dan reka bentuk yang sangat menarik. Vila di Bali juga kebanyakan agak besar, sesuai untuk diinap oleh seluruh ahli keluarga.
Rupa-rupanya, resort ini diberi nama Ma-Ni Villa yang hanya terletak di Tanjung Malim, Perak iaitu hanya lebih kurang satu jam dari bandaraya Kuala Lumpur. Dekat je!
Memang dekat, malah ia terletak tidak jauh dari plaza tol Tanjung Malim.Dari Lebuh Raya PLUS, masuk ke simpang Tanjung Malim (exit 121) dan ambil simpang kiri selepas tol. Pandu lebih kurang dalam 2 kilometer, kemudian belok kiri di lampu isyarat (menuju ke Sabak Bernam, route B44). Pandu lagi dalam 1 kilometer dan Ma-Ni Villa berada di sebelah kanan.
Kordinat GPS: N 03' 40.142" E 101' 30.884"
Dengan reka bentuk vila empat segi yang elegan, didirikan daripada batu bata berwarna oren, dan dikelilingi dengan kehijauan flora, ia pasti dapat memberi satu pengalaman unik buat setiap pengunjung yang datang ke sini
Walaupun petak, pemilik vila ini tahu bagaimana mahu menjadikan vila ini nampak menarik, iaitu dengan meletakkan glass panel besar di bahagian hadapan yang terus menambah nilai ekstetika serta seni dalam reka bentuknya. Glass panel yang besar ini juga membenarkan kemasukan cahaya secara semula jadi ke dalam vila.
Selain itu, ia turut ditambah seri dengan private garden agar pengunjung boleh bersantai bersama teman-teman sambil menikmati udara segar dan suasana permai di luar.
Dibuka pada tahun 2012, Ma-Ni Villa pasa asalnya merupakan sebuah retoran yang menghidangkan masakan Thai
Namun ia turut menyediakan khidmat penginapan di empat vila yang dibina khas - Purple Villa, Green Villa, Yellow Villa, & Orange Villa - di sekitar kawasan restoran
Kalau tengokkan pada Facebook, seluruh kawasan ini diberi nama Ma-Ni Thai Cuisine. Pada mulanya kami pun agak keliru sama ada tempat ini restoran atau vila. Rupa-rupanya kedua-duanya sekali.
1. Yellow Villa
2. Green Villa
3. Purple Villa
4. Orange Villa
Jadi, menginap di sini seperti mendapat best of both worlds, iaitu resort penginapan yang fancy dan masakan Thai yang lazat, terutamanya bagi penggemar makanan Thailand. Best kan?
Selalunya, resort di Malaysia lazimnya banyak menyediakan makanan western. Jadi, konsep "vila dalam restoran" yang diterapkan oleh Ma-Ni Thai Cuisine ini ternyata memberi satu kelainan.
Apa tunggu lagi, dah boleh dah kalau nak plan untuk menginap di Ma-Ni Villa ini. Yang mana satu villa pilihan anda?
Dapatkan info lebih lanjut di Facebook Ma-Ni Thai Cuisine.
Telefon: +605-4590142/ +6017-333 5142/ +6012-3736 820
Email: [email protected]
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!