“Maaf, Ayah Saya Baru Meninggal” – Nota Pada Kereta Dalam Kesesakan Jalan Raya Undang Sebak Ramai
Sedihnya, salam takziah buat keluarga akak tu.
Cover image via Nor Azah Nazarudin (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tindakan seorang wanita menggantung sekeping nota pada pintu kenderaannya ketika berdepan kesesakan jalan raya menyentuh hati ramai netizen
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook oleh Nor Azah Nazarudin, wanita itu dilihat menjulurkan tangan keluar dari tingkap sambil memegang nota berkenaan dipercayai bagi memohon laluan untuk segera pulang dan menatap wajah bapanya buat kali terakhir.
Difahamkan kejadian berlaku di Kelantan ketika trafik berada dalam keadaan sesak. Namun, sikap prihatin pengguna jalan raya yang memberi laluan kepada keluarga tersebut mendapat pujian ramai.
"Semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga sampai ke tempat yang dituju. Jalan jem sangat. Salam takziah," tulisnya.

Perkongsian itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang memahami kesakitan kehilangan insan tersayang
Ramai berkongsi pengalaman tidak sempat berada di sisi ibu atau bapa ketika saat-saat akhir hayat mereka.
Seorang pengguna Facebook, Farizul Haikal yang dipercayai ahli keluarga wanita berkenaan, tampil mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya yang membantu memudahkan urusan mereka.
"Alhamdulillah. Semoga ayah saya tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih semua yang memberi jalan dan mendoakan kami," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Aida Rani, memaklumkan bahawa bapa wanita tersebut meninggal dunia secara mengejut, menjadikan perjalanan pulang itu lebih mencabar dari segi emosi buat keluarga berkenaan.
Ruangan komen dipenuhi ucapan takziah dan doa, selain pujian terhadap sikap bertimbang rasa pengguna jalan raya yang sanggup mengetepikan kepentingan sendiri demi membantu mereka yang sedang berdepan saat sukar dalam hidup.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


