seismik

Macam Action Movie, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Patah 'Jaw' Langgar Lubang Jalan

Daging macam disiat-siat walaupun dah bius.

Cover image via Khairul Nazli

Tidak ada di dunia ini orang yang mahu ditimpa bala atau bencana, semua manusia mengharapkan keselamatan, kebaikan serta kebahagiaan

Namun begitu, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menolak dan menghindari ketetapan ALLAH SWT.

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

Sebagai contoh, kecelakaan yang terjadi di jalan raya, walaupun kita memandu dengan kelajuan yang rendah tetapi kadang-kadang musibah datang, bukan berpunca daripada kita tetapi daripada orang lain.

Oleh sebab orang lain yang tidak cermat, maka kita yang menerima padah. Musibah yang sedemikian memang tidak dapat dielakkan.

Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya

Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Hal ini berlaku kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya yang telah berkongsikan pengalaman ngeri dan kecederaan parah dialaminya sehingga patah rahang ketika menunggang motosikal

Segalanya bermula ketika tragedi itu berlaku pada 18 Jun tahun lalu. Gara-gara jalan yang berlubang, motosikal Khairul Nazli terbabas dan membuatkannya terpelanting lalu mendarat atas dagu sendiri.

Mulut dan hidung mula banjir serta penuh dengan darah, gigi depan pula tercabut tiga

Rasa nak mati, dari skala 1 hingga 10, rasa sakitnya SKALA 12!

Kecederaan dialami rupanya lagi teruk daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini

Sehingga terpaksa bernafas melalui tiub dekat leher, bersyukur Allah bagi nikmat bernafas sebelum ini

Daging rasa macam disiat-siat walaupun dah diberi bius oleh doktor

Pot holes adalah pembunuh! Pihak berkuasa selalu biarkan jalan berlubang lama-lama

Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku, boleh dijadikan pengajaran untuk semua orang

Kongsi pengalaman sendiri untuk yang sedang diuji serta patah semangat

Biarpun patah rahang dan kehilangan sebaris gigi hadapan, Khairul Nazli tetap bangkit meneruskan hidup dengan penuh sifat positif.

Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua rakyat Malaysia. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: