Mahasiswa Universiti Terlibat Dalam Kes Menghendap & Cium Bau Kasut Kini Ditahan Polis
Lelaki tersebut dipercayai mengekori dan mengganggu pelajar perempuan dari universiti yang sama.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang mahasiswa lelaki sebuah universiti awam di Shah Alam ditahan selepas dipercayai mengganggu serta mengekori seorang wanita
Menerusi laporan Harian Metro, pelajar berusia 20-an itu dilihat berkelakuan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakannya mengambil kasut dari sebuah unit pangsapuri dan menghidunya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata lelaki itu ditahan di sekitar Seksyen 7 selepas menerima laporan dibuat mangsa pada jam 3.55 petang, Ahad, 12 Julai.
Katanya, mangsa berusia 22 tahun dan juga seorang pelajar sebuah universiti awam memaklumkan telah diganggu dan sering diekori lelaki yang sama dalam rakaman CCTV berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan mengendap (stalking) yang dilakukan secara berulang kali yang mana memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda jika didapati bersalah.

Menerima gangguan sejak April lalu
Menurut mangsa, suspek dikatakan telah melakukan gangguan sejak April lalu sehingga kini ketika berada di kampus serta di kawasan rumah tempat dia tinggalnya.
"Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 8.30 malam, polis berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam.
"Semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah serta ujian saringan awal air kencing juga negatif sebarang penggunaan dadah," katanya Sarudin.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Sabryna Taha di talian 014-5130450.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


