"Cara Islam Takde Macam Ni!" - Majlis Kahwin Dimeriahkan Tarian Bollywood Dikecam Netizen
"Pray for adat-istiadat perkahwinan melayu" kata netizen.
Viral baru-baru ini, apabila sebuah video majlis perkahwinan yang dimeriahkan dengan lagu dan tarian Bollywood menerima pelbagai reaksi negatif netizen di media sosial
Floral-mate telah memuat naik video tersebut pada 22 November lalu dan sehingga kini telah mencapai 1.7 juta views dan lebih 18,000 shares di Facebook.
Di dalam video tersebut, dipercayai rakan-rakan dan saudara-mara pasangan pengantin sedang menari di depan kedua-dua mempelai dengan tema baju merah jambu dan disaksikan oleh tetamu yang hadir.
Video yang berdurasi selama 9 minit itu memperlihatkan pengantin lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakatnya menari sebelum mengajak pengantin wanita untuk turut menari.
Namun di ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing. Ternyata ramai yang memberikan komen negatif, antaranya:
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang suka dengan video tersebut. Mereka merasakan majlis perkahwinan itu sangat meriah.
Pada kami terpulanglah kepada pasangan pengantin untuk meraikan hari perkahwinan mereka macam mana sekalipun.
Tetapi terpulanglah masing-masing ada pendapat sendiri kan?