Majlis Tema Bollywood Anjuran Pengasas Jelly Bellrossa Advances Disambut Penuh Meriah
Majlis yang dianjurkan itu seolah tak ubah seperti berada di Mumbai.
Gara-gara minat, usahawan kecantikan yang kini viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin menganjurkan majlis bertemakan Bollywood di bawah payung syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini
Sinonom dengan tagline ‘sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang’, acara itu sekaligus mempromosikan suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.
Kongsinya di Instagram, dia teruja kerana majlis yang dianjurkan itu seolah tak ubah seperti berada di Mumbai.
“Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari Sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.
“At first nervous giler sebab lama tak buat event besar macam ni. Tapi semua happy and tak puas sampai ke balik pun bahu duk goyang lagi. My team always high energy! Duk Goyang bahu saja bagi release stress kami ni kerja kuat non stop.
“Alhamdulillah semua happy. Happy bila tengok team happy. My team will always be my VVIP guest,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Malah kongsinya lagi, dia memang pasang impian untuk anjurkan majlis seupamanya.
“Khyra cakap kat team… “sy nak dance floor” sebab memang Khyra bayangkan nak buat dalam citer hindustan tu. Memang pengaruh drama. Kita kalau nak buat sesuatu kena bersungguh kan.
“Ni khyra tak practise pon. Just rehearsal nak tau arrangement je petang tu. Alhamdulillah menjadi jugak,” kongsinya lagi.
Turut hadir pada majlis sama ialah aktres Rozita Che Wan, Elfira Loy dan kumpulan Ruffedge yang membuat persembahan.
Jadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air di Malaysia sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama kaum Hawa
Sementara itu, penangan kecantikan bintang K-Pop dan obses untuk sentiasa cantik serta sihat biarpun berstatus ibu kepada tiga anak mendorong Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau lebih dikenali dengan nama Syarifah Khyra Muhsin mengeluarkan produknya sendiri.
Bermula dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu, pemilik empayar syarikat Fellera Beauty Malaysia Sdn. Bhd. ini kemudiannya menumpukankan kepada suplemen atau makanan tambahan popular iaitu jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.
Menurut wanita berusia 30 tahun berasal dari Terengganu, percaturannya mengeluarkan produk selamat diguna dalam bentuk jeli kecantikan dan kesihatan dengan 16 bahan makanan tambahan termasuk campuran vitamin, ekstrak buah serta jamu itu membuahkan hasil.
Malah jeli yang terkenal dengan tagline sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang itu turut menjadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air di Malaysia sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama kaum Hawa.
“Syukur jeli dikeluarkan menjadi suplemen wajib makan bagi mereka yang bergelar wanita. Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus penggunaannya. Selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.
“Malah saya juga menjadi antara pengeluar produk pertama yang mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit seperti kebanyakan produk jamu. Kita sasarkan 100,000 kotak jeli sebulan dan seterusnya 1 juta kotak dalam tempoh enam bulan.
“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan artis seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Syatilla Melvin dan Elfira Loy,” katanya usai majlis anjuran bertema Bollywood diadakan 29 Oktober lalu di sebuah lokasi di ibu kota.
Tambah Syarifah Khyra lagi, kepuasan dan keberkesanan produk jeli itu diluluskannya sendiri sebelum dijual.
“Saya akui mengeluarkan produk ini awalnya untuk kepuasan diri. Saya memang obses nak cantik dan jaga badan. Saya tak mahu tua sebelum usianya.
“Produk ini dihasilkan bukan semata-mata kerana wang. Tapi ia melalui proses kajian dan R&D untuk menyelesaikan masalah orang perempuan.
“Malah saya juga mengkaji suplemen dari Korea yang dimakan berasaskan jeli. Malah negara berkenaan juga ada mengeluarkan topeng muka berasaskan puding. Nak lebih lanjut tekan pautan https://nak.info/felleraskinhq,” katanya yang turut melakukan penjenamaan semula Fellera Beauty kepada Fellera Skin pada 2019.
Kata Syarifah Khyra lagi, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.
Selain jeli, jenama ini turut mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki. Kedua produknya hanya dijual dengan harga mampu milik di bawah harga RM80.
“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, hubungan suami isteri hambar, kahwin lama tak dikurniakan anak dan komplikasi masalah kulit.
“Malah di era pandemik dan pasca Covid-19, produk jeli ini turut dapat membantu masalah berbangkit. Ini kerana jeli ini juga mempunyai rumusan kandungan bahan yang tinggi antioksida.
“Pendek kata, ia suplemen lengkap buat wanita. Malah saya dapat tahu ramai artis yang sanggup membelinya sebagai kegunaan harian. Saya juga menggunakan khidmat artis tanpa terlalu ‘hardsell’ atau menggunakan nama mereka. Sebaliknya, biar mereka mencuba dahulu dan merasai keajaibannya,” katanya.
Dalam pada itu, Syarifah Khyra berkata hingga kini jenama naungannya itu mempunyai lebih 3200 pengedar.
“Selain mengajak ramai menjadi pengedar dan berniaga, saya juga menganjurkan kelas mengajar teknik pemasaran mempraktikkan amalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
“Ia termasuklah berkonsepkan pemasaran kerohanian dengan mengimbangi duniawi serta syurgawi. Selain berniaga, saya galakkan pengedar memperbetulkan diri ke arah kebaikan supaya rezeki lebih murah.
“Begitu juga saya terapkan doa berniaga dan amalan harian amalan bagaimana. Insya-Allah saya mahu terus sebarkan manfaat jeli dan jus ke seluruh dunia,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!