Hab Durian Bersepadu Terbesar Di Asia, KLDEX Bakal Dibuka Di MaTiC Jalan Ampang 4 Julai Ini

KLDEX turut menyediakan zon simulasi dusun durian bagi memberikan gambaran sebenar mengenai ekosistem dusun desa, kaedah penanaman, serta biologi tumbesaran pokok.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri pelancongan dan landskap kulinari tanah air bakal melakar sejarah baharu apabila Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX) dijadualkan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 4 Julai 2026

Pembukaan premis ini sekali gus menandakan pelancaran pusat pengalaman durian bersepadu yang pertama dan terbesar di rantau Asia. Projek berimpak tinggi ini mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Tourism Malaysia dalam usaha memperkasakan lagi keunikan agro-pelancongan negara.

KLDEX diasaskan bersama oleh Ang Kean Wee dan Edison Ang Wei Phang, serta dibangunkan secara komprehensif oleh MyBolehBoleh, sebuah syarikat runcit dan eksport durian terkemuka Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2023. Hab ini direka sebagai pusat pendidikan mampan yang membawa para pengunjung merentasi garisan masa sejarah untuk meneroka asal-usul serta perkembangan landskap raja buah tempatan.

Galeri muzium di sini memaparkan arkib sejarah yang bernilai, pameran interaktif, serta catatan awal pengenalan durian dalam sumber manuskrip Eropah dan Cina kuno.

SAYS.com
Image via KLDEX
SAYS.com
Image via KLDEX

Kisah dokumentasi asal-usul bagaimana varieti ikonik seperti D24, Musang King dan Black Thorn mendapat nama

Selain pameran artifak, KLDEX turut menyediakan zon simulasi dusun durian bagi memberikan gambaran sebenar mengenai ekosistem dusun desa, kaedah penanaman, serta biologi tumbesaran pokok. Pengunjung juga dapat menyelami kisah dokumentasi yang jarang didedahkan kepada umum, termasuk asal-usul bagaimana varieti ikonik seperti D24, Musang King dan Black Thorn mendapat nama, serta pengorbanan tokoh-tokoh pelopor pertanian yang bertanggungjawab memperkenalkan baka-baka premium tersebut kepada masyarakat global.

Bagi memberikan dimensi penceritaan yang lebih kontemporari dan dinamik, pusat pengalaman ini dilengkapi dengan kemudahan teater imersif. Ruang ini bakal mementaskan persembahan teater kreatif yang menggabungkan elemen drama, koreografi moden, alunan muzik berirama, serta nyanyian rap untuk menggambarkan evolusi budaya durian Malaysia agar lebih mudah dihayati oleh pelancong generasi baharu.

SAYS.com
Image via KLDEX
SAYS.com
Image via Farhan Haikal/SAYS Seismik

Selain itu, KLDEX turut menempatkan ruang runcit komersial serta zon makanan dan minuman (F&B) di aras bawah galeri yang menyajikan pelbagai inovasi kulinari seperti tart durian, kopi durian, dan barisan cenderamata eksklusif.

Terletak di premis Lot 152, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, KLDEX dijangka menjadi destinasi wajib kunjung terbaharu di tengah-tengah ibu kota menjelang fasa kemuncak industri pelancongan.

Bagi perancangan jangka panjang, pengurusan KLDEX turut merancang untuk memperkenalkan siri jelajah dusun luar bandar yang dikurasi khas bagi menghubungkan pengalaman pelancong secara terus dari ladang ke meja hidangan. Sebarang maklumat lanjut mengenai tiket dan tempahan boleh diajukan melalui talian +60189419139 atau e-mel rasmi di [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: