Influencer Singapura Masak Nasi Dengan Vitagen, Tidak Cukup Sekadar Pistachio

Campuran dua makanan terlalu berbeza kini menjadi trend terbaru Asia Tenggara.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kini sedang dilanda pandemik kacang pistachio diletakkan di atas semua jenis makanan

Suatu ketika dahulu, Malaysia telah dilanda pandemik keju di atas segala-gala makanan dan kini ia telah bertukar menjadi pistachio. Dari air milo durian sehingga ayam gepuk chocolate dubai , banyak lagi gabungan makanan yang tidak masuk akal dicipta oleh orang Asia Tenggara.

Tidak mengira jenis makanan pistachio yang pelbagai jenis telah diletakkan atau ditambah ke pelbagai makanan sehingga ada yang meletakkannya untuk dimakan bersama-sama ikan keli.

SAYS.com
Image via Threads

Tetapi tidak untuk influencer dari Singapura ini dengan saluran TikTok bernama @foodmakescalhappy yang menggelarkan dirinya sebagai seorang Pakar Eksperimen Makanan. Dia juga dikenali dengan pelbagai lagi eksperimen makanan yang boleh dikatakan ada yang menarik sehingga yang pelik.

Baru-baru ini, dia telah memuat naik satu video yang menjadi tarikan seluruh warga Asia Tenggara dengan memasak nasi menggunakan air Vitagen.

SAYS.com
Image via @foodmakescalhappy / TikTok

Netizen bingung dengan resipi baru ini

Sudah semestinya netizen Asia Tenggara juga hairan dengan lambakan makanan campuran yang seolah-olah dicipta hanya untuk mendapatkan viral semata-mata tanpa mengira khasiatnya.

"Sesiapa mohon buat beras pistachio, aku nak tengok menu baru," kata satu komen di TikTok.

"Saya ada jual nasi vitagen + Ikan Keli pistachio + air milo durian… sape nak pm bukti pmbayaran saya akn hntr smpai depan pintu rumah, guna QR ni ye"

SAYS.com
Image via @foodmakescalhappy/ TikTok

Netizen juga perasan khasiat susu probiotik yang sepatutnya ada telah hilang setelah dimasak akibat suhu yang tinggi. Susu probiotik sebenarnya sangat sihat untuk kesihatan usus kita.

"Apa gunanya bro? Pewarna makanan sahaja? Bakteria baik di dalam vitagen atau yakult telah mati akibat suhu yang tinggi," kata Ashraf di TikTok.

"Perkara ini tidak meningkatkan probiotik diri. Sebaliknya, hanya menambah gula dengan pewarna. Bakteria baik telah mati, yang tinggal hanyalah gula dari Vitagen dan nasi putih," ujar satu lagi komen.

Menurut foodmakescalhappy, nasi tersebut berasa manis, mempunyai rasa buah-buahan dan mempunyai warnan yang cantik.

SAYS.com
Image via @foodmakescalhappy / TikTok

Video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: