KTM Bawa Masuk Santan Jadi Katerer, Ramai Puji Makanan ETS Sedap-Sedap
Agak-agak menu baru apa lagi yang bakal ada selepas ini?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak tahun lepas, Capital A Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama-sama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk menambah makanan mereka ke dalam perkhidmatan KTM
Santan dahulunya dikenali ramai sebagai pembekal makanan buat syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang sangat popular dan terkenal dengan makanannya yang sedap.
Santan juga dikenali ramai kerana menghidangkan makanan masakan Malaysia yang berkualiti dan sedap sehingga berjaya menempah nama buat penumpang antarbangsa yang menaiki MAS.
Kini mereka telah secara rasmi membekalkan makanan untuk tren KTMB dan ETS termasuklah perkhidmatan tren seperti MySawasdee (KL Sentral ke Hat Yai).

Netizen memuji KTMB dan Santan kerana makanan yang kini berbeza dan lebih sedap
Dikongsikan oleh @karya_diana di Threads, ramai penumpang yang menaiki tren Electric Train Service (ETS) menyedari makanan yang boleh dibeli kini lebih sedap dan mempunyai banyak variasi baharu.
Kerjasama ini juga menambah pelbagai menu makanan dan minuman baharu buat penumpang ETS.
"Dulu, menu ETS sangat aneh. Honeydew rice la, apa la. Sudahlah tak boleh pilih menu yang kita nak. Sejak berkolaborasi dengan Santan, saya sukaaa!" katanya di Threads.

Ramai juga bersetuju dengan Diana bahawa makanan dalam ETS kini telah menjadi lebih sedap sejak kolaborasi dengan Santan.
Malah ciapan tersebut juga telah menarik perhatian akaun rasmi @ktmbofficial yang meluahkan ucapan terima kasih.
"Thank you for the feedback, Happy bila tahu menu baharu ETS dah jadi favourite. Semoga lepas ni setiap trip bukan je smooth, tapi makan pun puas hati," kata KTMB.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via