MINTCHA Kini Dibuka Di TTDI, Tawar Menu Berkonsepkan ‘Handcrafted Drinks’ Mint & Matcha
MINTCHA juga jalin kolaborasi bersama Cookiedoh dan Big Boss HSP sempena pembukaan di TTDI.
Cover image via @mintcha.my (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas hampir setahun ditubuhkan, MINTCHA jenama minuman khusus yang menggabungkan rasa mint dan matcha, meraikan pembukaan rasmi kedainya di TTDI baru-baru ini
Dengan konsep specialty handcrafted drinks, MINTCHA menawarkan puluhan menu minuman yang lazat dan unik dengan identiti tersendiri.
Jenama ini diasaskan oleh dua sahabat Ahmad Isshahrul Isskandar dan Wan Azhar Tanzirun. Kedua-dua mereka mempunyai citarasa yang bertentangan – seorang pencinta mint tetapi tidak gemar matcha, manakala seorang lagi peminat setia matcha tetapi tidak menyukai mint.
"Kami tertanya-tanya, bagaimana jika kami menggabungkan dua bahan yang sering dianggap tidak sepadan ini menjadi satu minuman?" jelas mereka.

Selepas menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) yang rapi, menguji pelbagai nisbah dan menyempurnakan resipi, mereka berjaya mencipta keseimbangan rasa yang harmoni. Apabila dicuba oleh orang ramai, minuman ini ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan, sekali gus mendorong mereka untuk menubuhkan MINTCHA sebagai satu jenama rasmi.
Nama MINTCHA berasal daripada gabungan perkataan Mint + Matcha. Di MINTCHA, setiap minuman dihasilkan dengan teliti menggunakan sirap buatan sendiri yang istimewa dan tersendiri berbeza dengan sirap di kedai-kedai kopi yang lain. MINTCHA diolah supaya lebih floral, lembut dan lazat diminum walaupun bagi mereka yang baru mencuba, manakala mint pula ditawarkan dalam enam profil rasa yang berbeza.
Menu signature yang wajib dicuba dan tawaran promosi istimewa
Bagi memastikan pengalaman rasa yang unik kepada para pelanggan, MINTCHA mengetengahkan barisan menu utama yang terdiri daripada:
- Mintcha Bloom – Minuman signature jenama yang menggabungkan mint dan matcha dengan rasa yang premium.
- Ichigo Shortcha – Matcha strawberi yang dihidangkan dengan ais krim strawberi dan hiasan pastry crumble.
- Matcha Ube – Gabungan matcha dengan ais krim ube yang creamy.
- Batang Buruk Genmaicha – Minuman inspirasi kuih tradisional Batang Buruk yang mengubah pengalaman menikmati kuih kepada bentuk minuman.

Bagi menyambut pembukaan cawangan ini pada 11 Julai 2026 (12 tengah hari hingga 2 pagi), Mintcha menawarkan promosi istimewa iaitu 20% diskaun ke atas semua minuman Mintcha dan 10% diskaun ke atas Cookiedoh serta Big Boss HSP.
Cookiedoh dan Big Boss HSP adalah rakan kongsi sewa di lokasi yang sama yang turut menyokong perjalanan MINTCHA sejak awal. Promosi ini merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan setia serta usaha kolaborasi antara ketiga-tiga jenama untuk memberikan nilai tambah kepada pengunjung. Promosi ini merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong jenama sejak awal.
"Visi kami bukan sekadar mengembangkan jenama, tetapi membina komuniti yang kukuh. Oleh itu, kami memperkenalkan hashtag #TeamRumput untuk peminat matcha dan #TeamUbatGigi untuk peminat mint," ujar mereka.
Matlamat jangka panjang mereka adalah menjadikan Mintcha sebagai jenama pilihan utama apabila orang Malaysia menyebut tentang matcha atau mint. Orang ramai yang berminat boleh mengikuti media sosial @mintcha.my untuk kemas kini dan informasi lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


