Sebiji Musang King Boleh Cecah 1,500 Kalori, Nak Bakar Kena Lari Sejauh 22KM!
Jauh tu 22KM, hati-hati durian lover. Makan berpada-pada ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim durian yang menyaksikan harga raja buah itu semakin murah sememangnya menggembirakan peminatnya

Gambar sekadar hiasan.
Image via KL FoodieNamun, keterujaan memborong dan menikmati durian tanpa kawalan boleh mengundang padah kepada kesihatan.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), sebiji durian, khususnya varieti Musang King, boleh mengandungi antara 900 hingga 1,500 kilokalori (kcal) bergantung kepada saiz buah dan jumlah isi yang dimakan.
Lebih mengejutkan, jumlah kalori itu memerlukan seseorang berlari sejauh 13 hingga 22 kilometer (km) untuk membakarnya semula.
PHM berkata ramai yang mudah hilang kawalan apabila harga durian menjadi murah.
"Durian murah bukan lesen makan tanpa had. Ramai rasa rugi kalau tak beli banyak. Musang King pula kalau tengah murah, memang boleh buat orang hilang kawalan.
"Tapi murah pada harga, belum tentu murah pada badan," katanya.
Menurut PHM, kebanyakan orang tidak sedar jumlah durian yang dimakan kerana ia sering dinikmati sambil bersembang

Gambar sekadar hiasan.
Image via Years Of The Durian"Yang jadi masalah, kita bukan makan durian macam makan ubat. Kita makan sambil sembang. Seulas jadi dua, dua jadi setengah biji, tahu-tahu sudah sebiji," katanya.
PHM menegaskan durian bukanlah makanan yang perlu dielakkan sepenuhnya, sebaliknya pengambilan secara berlebihan tanpa mengawal kuantiti merupakan punca utama masalah.
"Makanlah durian. Nikmati musimnya. Tapi berpada-pada. Sebab walaupun durian murah, badan kita tetap bayar harga yang sama," katanya.
PHM turut mengingatkan bahawa apabila paras gula dalam badan meningkat, seseorang mungkin mula berasa panas, pening dan tidak selesa.
"Semurah mana pun durian, sehantu durian mana pun kita, akhirnya surrender juga. Bila gula mula meningkat, badan rasa panas, pening dan tidak selesa, itu bukan lagi nikmat. Itu badan sedang minta kita berhenti," katanya.
Jadi, walaupun musim durian hanya datang sekali setahun dan harganya kini lebih mampu milik, menikmati raja buah secara sederhana kekal menjadi pilihan terbaik demi menjaga kesihatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via