"Malaysia Menang Aku Bogel!"- 'Tweet' Gadis Ini Akhirnya Makan Diri
Hati-hati kerana ramai yang memerhati.
Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) semalam berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4
Acara sukan yang disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah itu memang ditunggu-tunggu para gadis yang ingin menyaksikan pertarungan di antara daddy kesayangan mereka dan putera kacak dari negara Brunei itu. Bukan sahaja putera dari Brunei, malahan puteri Brunei, Puteri Azemah Ni'matul turut menyertai acara tersebut.
"Hari ini adalah perlawanan selebriti kerana kehadiran Putera Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah yang amat baik dan mesra rakyat.
"Saya amat terkejut dengan kehadiran ribuan penonton kerana sebelum ini saya pernah bermain di final Kejohanan Polo Terbuka Malaysia tetapi ia tidak seramai ini," kata Khairy Jamaluddin kepada Berita Harian.
Tidak terkecuali seorang pengguna Twitter, Lala Rahim yang turut menyatakan sokongannya dengan cara yang agak luar dari kebiasaan
Nurul Adilla Abd Rahim, gadis manis berusia 23 tahun ini menjadi perhatian netizen selepas kenyataannya di Twitter yang mahu berbogel sekiranya Malaysia menang acara polo pada pagi semalam menjadi viral di media sosial.
“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!”
Bagaimanapun tweet yang dibuat gadis itu telah dipadam selepas beberapa jam.
Tapi seperti biasa, orang kita memang laju bab screenshot perkara-perkara macam ni
Maka, ramailah pengguna Twitter terutamanya dalam kalangan lelaki yang menuntut janji beliau untuk berbogel selepas kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dalam acara polo itu. Tidak kurang juga mereka yang mengecam tweet tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di Twitter itu hanyalah sekadar gurauan tanpa sebarang niat untuk benar-benar melakukannya
"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.
"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan.
"Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” katanya kepada mStar Online.
Menurutnya lagi, selepas ini beliau akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial