Jepun Perkenal Masjid Bergerak Sempena Olimpik, Boleh Muatkan 50 Jemaah Muslim Sekali Gus
Macam Transformers pun ada jugak.
Cover image via Fukuoka Masjid / FacebookJepun nampaknya mengambil satu langkah positif dalam persiapan Sukan Olimpik 2020 dengan memperkenal 'Mobile Mosque' untuk Muslim
Walaupun majoriti penduduk di Negara Matahari Terbit bukan beragama Islam, mereka tetap tidak lupa untuk menyediakan kemudahan untuk umat Islam di sana menunaikan solat.
Inovasi terbaru daripada Fukuoka Masjid Al Nour Islamic Center ini adalah bersempena Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di negara itu pada tahun 2020.
Image via Fukuoka Masjid / Facebook
Image via Fukuoka Masjid / Facebook
Masjid bergerak ini telah mula dibangunkan sejak empat tahun yang lalu
Pada dasarnya, masjid ini hanyalah sebuah trak 25 tan.
Namun ia telah diberi pengubahsuaian di mana trak ini boleh 'dikembangkan' bagi menambah keluasan untuk membolehkan 50 orang jemaah solat pada satu masa.
Masjid ini turut dilengkapi kemudahan paip air untuk mengambil wuduk, penentu arah kiblat, dan dewan solat yang selesa dan berhawa dingin.
Image via Fukuoka Masjid / Facebook
Image via Fukuoka Masjid / Facebook
Dua tahun lalu, Pegawai Eksekutif Korporat Yasu Project, Junya Imamura pernah melawat Masjid Fukuoka bagi membincangkan tentang pembinaan masjid bergerak
Tambah Imamura, ketika jumlah umat Islam tempatan di Jepun sendiri meningkat, adalah menjadi satu keperluan untuk memperluaskan hospitaliti kepada mereka yang berhasrat untuk beribadah.
"Kami amat hargai peluang bagi menyumbang kepada projek yang penting ini," katanya.
Ketika ini dianggarkan terdapat lebih 200,000 orang Islam di Jepun, namun kebanyakannya pendatang asing.
