seismik

"RM1 Juta Dalam Sehari" - Mat Kilau Raih Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Filem Epik Negara

Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, menzahirkan kesyukuran apabila filem arahannya, Mat Kilau, berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit, pada hari pertama tayangan filem tersebut.

Perkara berkenaan dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi satu posting yang dimuat naik Instagram miliknya.

“Izin Allah. Maka dengan ini, Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai ‘Filem epik Melayu kutipan paling tinggi dalam sejarah’.

“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan. Satu juta dalam masa satu hari sahaja!” tulisnya.

Sekadar rekod, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: