Mattel Inc Perkenalkan Kereta 'Hot Wheels' Model Proton Saga Edisi Pertama Tahun 1985
Wow, uniknya!
Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan Proton untuk menghasilkan produk terbaru mereka iaitu kereta nasional pertama di Malaysia, Proton Saga
Menurut sumber, presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc iaitu Steve Totzke berkata pihaknya akan mengabadikan kereta Proton Saga edisi pertama tahun 1985 untuk dijadikan sebagai diecast Hot Wheels yang pertama.
Kerjasama dengan pihak Proton itu juga adalah sempena memperingati ulang tahun syarikat tersebut yang ke-40 di Malaysia.
Model terbaru Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023
Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara ini yang membolehkan rakyatnya memiliki kereta.
“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.
“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!