seismik
Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Pertimbang Bekukan Lesen Jual Arak
Tindakan yang wajar!
Cover image via
Wallpaperbetter
& malaysiakini
Kekerapan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku sejak kebelakangan ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah pihak kerajaan
Memetik laporan, Kementerian Wilayah Persekutuan pertimbang untuk membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak
Image via Astro Awani
Menurut menterinya, Annuar Musa, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan.
"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
"Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan," ujarnya.