seismik

McDonald's Malaysia Tunaikan RM2 Juta Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2023

Zakat perniagaan dibayar secara konsisten.

Cover image via McDonald's Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Zakat merupakan rukun Islam ke-3 yang wajib dilakukan oleh semua muslimin dan muslimat

Begitu juga dalam dunia perniagaan, pembayaran zakat adalah dituntut selagi keuntungan masih diperolehi daripada aktiviti perniagaan yang dimiliki oleh orang yang beragama Islam.

Oleh sebab itu, McDonald's Malaysia, sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Islam, juga komited dalam pembayaran zakat perniagaan yang berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri di seluruh Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu.

Malah, McDonald's Malaysia turut menyumbangkan tenaga kepada komuniti dan masyarakat melalui lebih 18,000 program-program kemasyarakatan yang dianjurkan pada setiap tahun.

Antara program yang dianjurkan termasuklah Program Bulan Komuniti McDonald’s, Misi Moreh Mekdi, Majlis Iftar McDonald’s, dan lain-lain.

McDonald's Malaysia telah membayar zakat berjumlah RM2 juta kepada agensi zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri pada tahun ini

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald Malaysia, Dato' Azmir Jaafar berkata sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Islam, McDonald’s Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat untuk membantu masyarakat yang lebih memerlukan.

“Usaha ini bukan sahaja penting atas dasar tuntutan agama, tetapi hikmahnya adalah untuk kita berkongsi sedikit rezeki untuk meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Ini adalah nilai utama yang diterapkan oleh McDonald’s Malaysia,” katanya.

McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Image via McDonald's Malaysia

Terus komited dalam memberi sumbangan kepada orang yang lebih memerlukan

Pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia menjadi entiti yang diusahakan oleh 100 peratus milik orang Islam apabila ia diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza yang beroperasi di Arab Saudi.

Selain itu, pada tahun 2019 pula, McDonald's Malaysia menjadi entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Pada tahun 2020 pula, syarikat itu turut menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

Pengiktirafan tersebut menunjukkan sumbangan yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia untuk masyarakat selain menyempurnakan Pensijilan Halal di syarikat itu.

Sejak dari restoran pertama McDonald’s Malaysia dibuka pada tahun 1982 sehingga hari ini, McDonald’s Malaysia sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan komuniti di sekitar lokasi pengoperasiannya.

Ini membuktikan perniagaan McDonald’s Malaysia bukan saja untuk meraih keuntungan semata-mata, tetapi juga untuk menyantuni komuniti dan masyarakat di sekitar 350 restoran di seluruh negara.

McDonald’s Malaysia turut membuat pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Sabah.

Image via McDonald's

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik