seismik

McDonald's Nak Belanja Anda 'Dating' Bersama Finalis AJL 35. Mudah Saja Ini Caranya!

Anda juga berpeluang memenangi baucar McDonald’s untuk tempoh satu tahun.

Cover image via TV3 Malaysia

Artikel ini ditaja oleh McDonald's.

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) kian terasa!

Persiapan pun sudah semakin giat dijalankan para finalis bagi memastikan persembahan mereka nanti 'tiptop' tanpa sebarang cacat cela.

Nak buat persiapan untuk anugerah berprestij macam AJL 35 ni bukan senang tau. Dari sesi latihan sehinggalah persiapan busana untuk digayakan di atas pentas nanti, semuanya kena perfect! Barulah anda yang menonton pun puas hati, betul tak?

Bantu finalis AJL 35 kesayangan anda buat persiapan akhir!

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat melalui kaca TV macam mana sibuknya persiapan AJL di jalankan setiap tahun. Kini, McDonald’s mahu beri anda dan juga 3 ahli keluarga peluang keemasan untuk rasai sendiri pengalaman membantu finalis AJL 35 buat persiapan akhir!

Sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga bakal dipilih untuk meluangkan masa seharian bersama seorang finalis bagi melakukan persiapan AJL 35. Anda akan dibawa menemani finalis kesayangan anda ke studio latihan, pemilihan busana dan latihan persembahan di pentas AJL 35.

Lebih seronok, anda dan keluarga juga bakal mengakhiri hari anda dengan menikmati hidangan McDonald’s bersama finalis tersebut! Pengalaman manis anda akan disertakan dalam slot kapsul 1 minit yang bakal ditayangkan dalam Festival Muzik AJL.

Best kan? Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi baucar McDonald’s untuk tempoh satu tahun! Betul, anda boleh makan McDonald’s secara percuma selama setahun! Jimat belanja makan anda!

Macam mana? Mesti sudah teruja membayangkan pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit ini kan? Jom kami kongsikan macam mana caranya untuk anda sertai peraduan ini:

Image via McDelivery
  1. Buat pesanan melalui McDelivery.
  2. Imbas kod QR dalam poster digital yang kami sertakan di bawah atau klik di sini untuk pautan ke Google Form yang disediakan.
  3. Isi Google Form tersebut dengan alamat e-mel anda dan beritahu kenapa anda nak memenangi peraduan ni. Gunakan alamat e-mel yang sama semasa anda order melalui McDelivery tadi.
  4. Peserta dengan pesanan terbanyak dan jawapan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah saguhati pun dapat baucar McDonald’s!

Image via GIPHY

McDonald’s juga akan memilih 10 pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah saguhati berupa baucar bernilai RM200! Bolehlah anda belanja keluarga atau teman-teman sekali.

Jangan bertangguh lagi! Jom daftarkan diri anda sekarang juga! Kesempatan macam ini tidak datang selalu tau. Jadi, bila sudah ada peluang depan mata, anda kenalah gunakan dengan sehabis baik.

Memandangkan ada di antara kita sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan jadi memang lebih mudahlah kalau anda buat pesanan makanan secara atas talian sahaja melalui McDelivery

Senang dan selamat! Tak perlu keluar pun tunggu sahaja makanan anda dihantar terus ke depan pintu rumah. Pesan sekerap yang mungkin tau bagi meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah utama!

Stay safe dan all the best everyone!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: