seismik

"Menangi Wang Tunai RM1,500" - Jom Sertai Peraduan Video Jalan-Jalan Seismik Makan Ini

Jangan lupa tonton JJCM pada setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi di TV3.

Cover image via @nadiahasnan (Instagram) & @seismikmakan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kini hadir dengan musim baharu!

Program kembara makanan popular Jalan Jalan Cari Makan telahpun bermula sejak 7 Ogos dan terus membawa anda menerokai hidangan tempatan pada setiap Ahad, pukul 11.30 pagi bersama hos musim baharu, Nadia Hasnan.

Setiap minggu JJCM akan membawa penonton mengembara dan memberi idea kepada penonton lokasi menarik untuk menikmati keenakan makanan di seluruh Malaysia.

Menariknya musim ini, Nadia Hasnan akan menerokai tempat-tempat tular di media sosial dan menjadi buah mulut orang ramai serta mendapat ulasan yang baik daripada penggemar makanan.

Buat julung kalinya, untuk musim ini juga JJCM bersama Seismik Makan ada mengadakan peraduan khas untuk anda. Jom sertai peraduan video digital kreatif dan anda berpeluang memenangi hadiah lumayan.

Image via Seismik Makan

3 pemenang akan dipilih dan setiap pemenang akan memenangi wang tunai bernilai RM1,500

Mudah sahaja, rakam video kreatif anda di tempat makan yang terbaik di Malaysia yang menyajikan makanan kegemaran tempatan anda dan berikan huraian mengapa ia adalah yang terbaik.

3 pemenang akan dipilih dan setiap pemenang akan memenangi wang tunai bernilai RM1,500 dan juga makan bersama hos terbaharu Jalan Jalan Cari Makan iaitu Nadia Hasnan dan juga personaliti Seismik TV!

Tunggu apa lagi? Sertai hari ini!

@seismikmakan Sempena musim baharu Jalan Jalan Cari Makan, jom sertai peraduan video digital kreatif dan anda berpeluang memenangi hadiah lumayan. #JalanJalanSeismikMakan #jjcmtv3 #myfoodie #makanlokal #makananviral #portmakan #malaysianfood original sound - Seismik Makan

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow akaun TikTok & Instagram @jjcmtv3 dan @seismikmakan untuk menyertai.

2. Rakam video restoran yang anda kunjungi dan perkenalkan menu-menu menarik di restoran tersebut.

3. Muatnaik video anda (1 minit - 3 minit) di aplikasi Tiktok & Instagram.

4. Sertakan kapsyen kreatif dan tanda pagar #JalanJalanSeismikMakan #jjcmtv3 dan tag @jjcmtv3 & @seismikmakan

5. 3 x video paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

6. Pemenang akan berpeluang makan bersama Nadia Hasnan di restoran yang dipilih serta menangi wang tunai RM1,500.

7. Keputusan adalah muktamad dan video pemenang akan diumumkan kelak di TikTok & Instagram @jjcmtv3 dan @seismikmakan.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Tarikh tutup penyertaan: 15 Oktober 2022

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan video Jalan-Jalan Seismik Makan ini, anda boleh saja klik di sini!

Image via Seismik Makan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: