Meriahkan Lagi Raya Anda Di Gamuda Cove Bersama Dayang Nurfaizah 6 Mei Ini!
Jom datang beramai-beramai bersama ahli keluarga dan rakan anda.
Apabila tibanya Syawal pastinya semua di antara kita sibuk untuk ziarah dan kunjung mengunjung ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan bukan?
Begitupun, itu tidak jadi masalah untuk kita berhibur di hari raya Aidilfitri ini. Iyalah, raya kan sebulan. Apa kata anda join pula festival hari raya yang dianjurkan oleh Gamuda Cove pada 6 Mei ini.
Bagi yang sukakan tema dan konsep tradisional Melayu itu, inilah festival yang sangat sesuai untuk anda yang berjiwa seni.
Manakan tidaknya, dekat sini nanti pelbagai aktiviti menarik yang bakal mereka anjurkan untuk para pengunjung yang datang bagi rasai sendiri keceriaan menyambut hari raya ini.
Dayang Nurfaizah bakal hadir meriahkan lagi festival raya dengan persembahan nyanyian
Bukan setakat sambut festival raya je, anda juga berpeluang untuk menikmati persembahan daripada penyanyi popular Malaysia yang terkenal, Dayang Nurfaizah secara PERCUMA tau!
Pelbagai lagu akan didendangkan oleh Dayang sendiri, khas hanya di festival raya ini. Dalam pada itu, khas untuk GL Friends, anda juga berpeluang untuk menghadiri sesi meet and greet bersama penyanyi ini.
Kemasukan ke festival ini adalah PERCUMA dan boleh ajak sesiapa sahaja, jadi jangan lupa bawa sekali ahli keluarga anda, sanak saudara dan rakan taulan.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat persembahan Melayu tradisional yang memaparkan gamelan, tarian tradisional dan banyak lagi. Wah bestnya!
Belajar bijak melabur hartanah bersama Ahyat Ishak
Dalam pada itu, bagi anda yang nak belajar tentang pelaburan hartanah daripada Ahyat Ishak yang terkenal dalam kalangan pasaran hartanah bagi orang Melayu, bolehlah join ceramah ini dan anda berpeluang bertanyakan soalan secara terus kepada pakar hartanah.
Gamuda Cove nak beri duit raya kepada pengunjung bertuah yang datang
Tidak cukup dengan itu, Gamuda Cove ada nak bagi duit raya dekat anda yang datang ke festival raya ini.
Nak tahu bagaimana caranya untuk anda dapatkan duit raya ini? Anda hanya perlu jawab soalan mudah untuk memenangi RM100 setiap seorang dan jangan lupa juga sertai cabutan bertuah yang disediakan bagi memenangi wang sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Belajar buat Ketupat Raya dan Lemang dalam 'Bengkel Raya'
Kali ini anda boleh belajar sendiri cara-cara nak buat ketupat dan lemang daripada Bengkel Raya yang disediakan. Di sini anda boleh belajar dan rasai sendiri hasil masakan yang anda buat tu.
Bukan itu saja, selain belajar cara buat lemang dan masak sendiri dengan arang, anda juga boleh bawa balik lemang itu tau!
Belajar cara tanam tumbuhan dan berpeluang memenangi pek anak benih secara percuma sekali
Selain itu, terdapat juga bengkel ESG – Raya Hijau di mana bengkel ini khas untuk pencinta aktiviti tanaman hijau di mana anda boleh join sekali bengkel tumbuhan ini. Di sini juga anda boleh belajar langkah-langkah yang betul untuk menanam.
Peserta boleh mengimbas kod QR dan jawab soalan tinjauan untuk menebus pek anak benih Ini secara percuma. Jom serbu ramai-ramai nanti!
Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi buffet makanan raya percuma tau. Tak cukup lagi? Anda juga akan diberikan baucar makanan food truck berjumlah RM5 secara percuma je.
Bukan itu saja. anda juga berpeluang memenangi perjalanan karusel, perjalanan aerobar dan menaiki tram. Semua ini boleh dapatkannya secara percuma.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Berikut antara senarai aktiviti yang bakal diadakan di festival hari raya ini:
- Makanan Raya Percuma- Persembahan tradisional Melayu
- Penampilan selebriti – Dayang Nurfaizah
- Ceramah Hartanah – Ahyat Ishak
- Dayang Meet and Greet untuk GL Friends
- Bengkel Raya
- Cabutan Bertuah Raya
- Food truck
- ESG Booth- Raya Hijau
- Booth Cuckoo
- Booth SplashMania
Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Mei 2023
Masa: 5 petang hingga 9 malam
Jadi tunggu apa lagi, mari ramai-ramai meriahkan lagi festival hari raya ini bersama Gamuda Cove nanti!
Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh ke laman web rasmi dan juga media sosial mereka bagi lebih banyak info dan maklumat terkini. Jumpa anda di sana!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!