MR.VET & Bite Of Wild Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Nutrisi Haiwan Peliharaan
Dari 'precision healthcare' ke diet semulajadi, MR.VET dan Bite of Wild diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Cover image via Mr.Vet Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua jenama makanan haiwan peliharaan terkemuka, MR.VET dan Bite of Wild, terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila masing-masing berjaya menerima pengiktirafan dalam kategori berbeza di Orange Dot Award, sebuah platform anugerah berprestij yang mengiktiraf inovasi dalam industri haiwan peliharaan global
Kemenangan luar biasa tersebut bukan sahaja membuktikan keupayaan tinggi kedua-dua jenama dalam menawarkan penyelesaian pemakanan yang memenuhi keperluan haiwan peliharaan moden, malah turut mengangkat nama Asia Tenggara sebagai hab pembangunan produk nutrisi haiwan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dalam majlis penganugerahan berkenaan, MR.VET menerima pengiktirafan dalam kategori Biotech Innovation, manakala Bite of Wild merangkul anugerah dalam kategori Nutrition hasil pendekatan pemakanan berasaskan sains dan inovasi yang diterapkan dalam pembangunan produk masing-masing.
Menurut kenyataan rasmi pihak syarikat, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap usaha berterusan mereka dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi produk yang bertujuan membantu haiwan peliharaan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.
"Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk yang dibangunkan di Asia Tenggara mampu bersaing dan mendapat tempat di pentas antarabangsa. Pada masa sama, ia mengukuhkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian nutrisi terbaik kepada haiwan peliharaan," jelas wakil syarikat berkenaan.


Pendekatan Precision Healthcare jadi keunggulan MR.VET
Jenama MR.VET dibangunkan berasaskan konsep Precision Healthcare, yang memberi tumpuan khusus kepada penyelesaian nutrisi spesifik bagi menangani pelbagai keperluan kesihatan kucing. Antara aspek yang menjadi fokus utama formulasi mereka termasuklah kesihatan sistem pencernaan, penjagaan kulit dan bulu, kesihatan saluran urinari serta keperluan kucing yang hidup sepenuhnya di dalam rumah.
Kejayaan cemerlang MR.VET dalam kategori Biotech Innovation turut didorong oleh penggunaan teknologi freeze-drying khas yang membantu mengekalkan nutrien sensitif yang lazimnya boleh terjejas akibat pemprosesan suhu tinggi. Melalui teknologi moden tersebut, kandungan nutrisi penting dapat dikekalkan dengan lebih baik tanpa menjejaskan kualiti produk, sekali gus menyokong keberkesanan formulasi yang dibangunkan untuk keperluan kesihatan tertentu.
Selain itu, MR.VET turut memperkenalkan siri produk T-Series yang direka khusus berdasarkan isu kesihatan yang sering dihadapi pemilik kucing. Siri tersebut merangkumi:
- T1 – Intestinal Care bagi menyokong kesihatan pencernaan.
- T2 – Skin & Coat Care untuk penjagaan kulit dan bulu.
- T3 – Urinary Health bagi menyokong kesihatan saluran urinari.
- T4 – Indoor Cat khusus untuk keperluan kucing indoor.
Pendekatan bersasaran ini membolehkan pemilik haiwan memilih produk yang lebih sesuai berdasarkan keperluan kesihatan haiwan peliharaan mereka secara individu.

Sementara itu, jenama Bite of Wild pula dibangunkan berasaskan falsafah pemakanan semula jadi yang diinspirasikan daripada corak diet asal kucing sebagai karnivor obligat. Jenama berkenaan diasaskan oleh Steve Bui yang mahu menyediakan makanan berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaan beliau sendiri dengan menitikberatkan keseimbangan antara keperluan biologi semula jadi dan piawaian nutrisi moden.
Hasil daripada visi murni tersebut, lahirlah siri Bite of Wild 42 Series yang kini menjadi produk utama jenama berkenaan. Siri premium tersebut mengandungi 92 peratus bahan mentah berasaskan haiwan dan 42 peratus protein kasar, selain dijamin bebas bijirin (grain-free) dan bebas daging khinzir (pork-free). Formulasi komprehensif itu direka untuk menyediakan nutrisi padat yang memenuhi keperluan semula jadi kucing, sekali gus menjadikannya antara faktor utama yang membawa kepada kemenangan dalam kategori Nutrition.
Malaysia pasaran strategik Asia Tenggara dan rangkaian pengedaran juga meluas seluruh negara
Dalam pada itu, Malaysia terus dilihat sebagai antara pasaran paling penting bagi pertumbuhan industri makanan haiwan peliharaan premium di rantau ini. Peningkatan kadar pemilikan haiwan peliharaan serta kesedaran pengguna terhadap penjagaan kesihatan pencegahan dilihat mendorong permintaan yang tinggi terhadap produk yang menawarkan manfaat nutrisi lebih menyeluruh.
Pihak syarikat melihat pemilik haiwan peliharaan di Malaysia kini semakin peka terhadap kualiti bahan ramuan, sumber produk dan manfaat kesihatan jangka panjang yang ditawarkan. Trend positif tersebut selari dengan perkembangan global yang menyaksikan haiwan peliharaan semakin dianggap sebagai ahli keluarga sendiri, sekali gus meningkatkan perbelanjaan domestik terhadap pemakanan dan penjagaan kesihatan mereka. Selain itu, pengguna juga semakin beralih kepada produk premium yang menawarkan kandungan nutrisi lebih baik serta maklumat ramuan yang telus.

Bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan yang kian meningkat, produk MR.VET dan Bite of Wild kini boleh didapati melalui pelbagai rangkaian peruncitan utama di seluruh Malaysia. Antara rangkaian terkemuka yang menawarkan produk tersebut termasuk Daco Petsmart, HyperPets, Pet Lovers Centre, Pets Wonderland, Pets Twenty One, Petico Malaysia dan Nimanja yang turut mempunyai cawangan di Sabah serta Sarawak.
Produk kedua-dua jenama ini juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi platform e-dagang popular seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Rangkaian pengedaran yang meluas ini membolehkan pengguna di seluruh negara mendapatkan akses kepada produk nutrisi premium dengan lebih mudah dan cepat.
Mengulas mengenai perancangan masa depan, syarikat berhasrat untuk memperluaskan lagi kehadiran produk di seluruh pasaran Malaysia selain memperkukuhkan kerjasama dengan lebih banyak rangkaian peruncitan utama. Pada masa sama, usaha mendidik pengguna mengenai kepentingan nutrisi haiwan peliharaan akan terus dipertingkatkan bagi membantu pemilik membuat pilihan yang lebih tepat berdasarkan keperluan kesihatan haiwan mereka. Syarikat juga merancang memperkenalkan lebih banyak produk inovatif yang berasaskan kajian saintifik bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.
"Kami percaya setiap haiwan peliharaan berhak mendapat akses kepada nutrisi berkualiti tinggi. Walaupun pengiktirafan antarabangsa ini amat bermakna, pencapaian terbesar kami adalah kepercayaan yang diberikan oleh pemilik haiwan yang memilih produk kami setiap hari. Kami akan terus komited dalam menyediakan penyelesaian nutrisi berasaskan sains yang membantu haiwan peliharaan hidup lebih sihat, bahagia dan lebih lama," ulasnya mengakhiri kenyataan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


