seismik

Muhyiddin Dan 4 Lagi Menteri Bakal "Ditendang" Dalam Rombakan Kabinet Baru Najib

Semakin lama semakin panas!

Cover image via themalaymailonline.com

SAH! Zahid Hamidi Adalah Timbalan Perdana Menteri Terbaru

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi TPM terbaru.

Image via www.malaysiakini.com

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru saja dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan.

Dalam satu sidang akhbar tergesa-gesa-diadakan di Putrajaya tengah hari tadi, Perdana Menteri Najib mengesahkan khabar angin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai timbalannya.

Khabar angin tersebar awal hari ini bahawa Muhyiddin bersama-sama dengan menteri lain yang bertindak mengkritik pengendalian Putrajaya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan "ditendang" sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet.

themalaymailonline.com

Ini senarai penuh Kabinet terbaru Najib:

Click to Reveal
Hide
Image from SAYS.com
Image via SAYS.com
Click to Reveal
Hide
Image from SAYS.com
Image via SAYS.com
Click to Reveal
Hide
Image from SAYS.com
Image via SAYS.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet yang pertama sejak dibentuk pada 2013 dalam minggu ini

Image via mediaterjah.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan semalam selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

astroawani.com

Ia bakal menyaksikan kejutan, di mana orang nombor dua Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramal tersingkir

Adakah Muhyiddin akan disingkirkan?

Image via www.themalaysianinsider.com

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.

themalaysianinsider.com

Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) dan Datuk Seri Hasan Malek.

Image via SAYS.com

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri UMNO termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

themalaysianinsider.com

Datuk Seri G Palanivel (kiri) dan Datuk Seri Idris Jala.

Image via SAYS.com

Manakala dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

themalaysianinsider.com

Tempat Muhyiddin dijangka akan digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dijangka menggantikan tempat Muhyiddin.

Image via www.malaysiakini.com

Naib presiden UMNO paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

themalaysianinsider.com

Datuk Ahmad Maslan.

Image via www.kualalumpurpost.net

Terdapat juga sumber yang mengatakan Muhyiddin akan kekal dan meramal Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia

Khairy Jamaluddin.

Image via dinmerican.wordpress.com

Kedudukan Muhyiddin dalam kabinet menjadi perhatian namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak memegang apa-apa kementerian.

Sebelum ini, ada yang menjangkakan Muhyiddin akan digugurkan dan tempat beliau akan digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun ia dikatakan agak mustahil.

Portal myKMU.net pula meramalkan Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

astroawani.com

Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini.

suara.tv

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan. Ia akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

“Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu lagi.

themalaysianinsider.com

Walau bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan.”

Isu 1MDB seperti tiada kesudahan. Ada sahaja cerita terbaru yang didedahkan setiap hari. Tapi sampai bila?

You may be interested in: