seismik

Myvi Serba Baru 2018 Hadir Dengan Wajah Lebih Hebat & Lengkap Dengan Teknologi Canggih

Macam cun juga ni!

Cover image via Perodua

Semalam, secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru yang akan dibuka untuk tempahan bermula hari ini

Myvi dengan ciri terbaru lebih menarik itu ditawarkan pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300 tanpa insurans.

Model Myvi baru itu tampil dengan logo yang lebih futuristik dan Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya

Image via Perodua
Image via Perodua

Dikuasakan oleh enjin baru 1.3 liter dan 1.5 liter yang cekap tenaga (EEV) dilengkapi dengan dual VVT-i, model baru ini dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan untuk varian 1.3 liter atau pilihan untuk kelajuan empat E-AT penghantaran automatik untuk semua varian.

Enjin baru ini dikeluarkan di kilang pembuatan Daihatsu Perodua di Negeri Sembilan.

Ia juga dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta

Model full spec dilengkapi dengan Advanced Safety Assist (ASA), satu set ciri-ciri canggih yang termasuk amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, peringatan berlepas depan, dan kawalan misoperation pedal.

Image via Perodua

Semua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Varian 1.5 liter dilengkapi dengan enam beg udara dan rim 15 inci manakala varian 1.3 liter hadir dengan empat beg udara dan rim 14 inci.

Semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard

Rekaan Myvi serba baru yang lebih aerodinamik ini mempunyai bacaan penggunaan minyak yang mampu dicapai pada kadar 20.1 km/l bagi varian 1.5 AT (Dual VVT-i).

Image via Perodua

Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, ia adalah 100 peratus rekaan tempatan yang dibangunkan selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan dan orang ramai.

“Selain padat dengan pelbagai ciri keselamatan terkini dan aerodinamik, Myvi Serba Baru ini menawarkan pemanduan menarik selain lebih nilai untuk wang,” katanya, lapor Harian Metro semalam.

Ciri-ciri penting lain termasuk lampu LED baru, dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur

Image via Perodua

Myvi serba baru ini didatangi dengan 6 pilihan warna menarik iaitu hitam granite (varian 1.5L sahaja), hijau peppermint (varian 1.3L sahaja), merah lava, ungu mystical, perak glittering dan putih ivory.

Harga adalah seperti berikut (on-the-road, tanpa insurans, dengan GST, untuk Semenanjung Malaysia):

  • 1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
  • 1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
  • 1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
  • 1.5 High (transmisi auto): RM51,800
  • 1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
Untuk maklumat lanjut layari www.perodua.com.my.

Apa pendapat anda dengan Myvi serba baru ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada sesiapa pakai Myvi kat sini?

More stories to read: