Nak Berubah Lebih Baik? Jadikan Niat Ini Sebagai Resolusi Tahun Baru Anda!
Satu aplikasi yang lengkapkan kehidupan seharian anda.
Semua orang memang akan ada resolusi tahun baru yang ingin dicapai pada tahun depan betul tak?
Sebagai seorang Muslim, sudah tentu kita mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mencapai hasrat tersebut. Rahsianya adalah sentiasa konsisten dan disiplin.
Setiap manusia pasti tak akan lari daripada melakukan dosa. Banyak kesalahan yang kita lakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Hingga akhirnya kita akan akan bertanya “sampai bila aku akan jadi macam ni?“.
Dari pertanyaan itulah, akhirnya seseorang itu ingin memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Muncul lagi pertanyaan “tapi nak mula berubah daripada mana?”.
Pertama sekali, kita boleh perbaiki diri melalui solat
“Ketika engkau tidak tahu harus mula daripada mana untuk memperbaiki diri, maka mulalah dengan memperbaiki solatmu”
Anda tak perlu risau, ketika kita nak sangat baiki diri untuk menjadi yang lebih baik, maka mulalah daripada perbaiki solat. Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam Islam, bahkan dalam sebuah riwayat solat merupakan tiang agama.
Sehingga jika solat kita masih belum terjaga, masih berlubang, maka tiang tersebut pasti juga akan ikut berlubang. Dan apa yang akan terjadi? Tiang yang telah dibangun pun lama kelamaan akan roboh. Sama dengan agama, jika kita tidak mengerjakan solat, maka sama saja seperti kita merobohkan agama.
Jom baiki solat dengan aplikasi ini, memang mudah! Dalam Aplikasi ini, terdapat banyak features yang kita boleh manfaatkan untuk belajar berkaitan solat, jadi mudah untuk seseorang itu perbaiki solat walaupun dimana mereka berada.
InsyaAllah, dengan cara itu kita akan sentiasa upgrade solat kita semua.
Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat perbaiki solat sekaligus perbaiki kehidupan kita.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!