Nak Jemputan Percuma Ke Konsert Aku Faizal Tahir? Ini 2 Cara Mudah Untuk Mendapatkannya!
Alami saat gemuruh dengan Faizal Tahir!
Siapa je tak kenal dengan Faizal Tahir? Seorang penyanyi, komposer dan juga penerbit rakaman terkenal tanah air
Untuk pengetahuan semua, Faizal Tahir mengumumkan penganjuran konsert sulungnya yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pukul 8.30 malam pada 2 September 2023 yang dibawakan khas oleh Allianz Malaysia Berhad.
Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, berkata, konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.
Allianz Malaysia Berhad nak belanja para peminat jemputan ke konsert eksklusif 'Aku Faizal Tahir' secara percuma!
Apa yang anda hanya perlu buat adalah dengan beli atau perbaharui insurans motosikal anda dengan Allianz Motorcycle atau Allianz Motorcycle Plus atau lindungi diri anda dengan pelan insurans kemalangan diri PerlindunganKu Allianz4All untuk mendapat penyertaan secara automatik ke kempen ini dan seterusnya berpeluang untuk menang jemputan eksklusif konsert Aku Faizal Tahir!
**Kempen ini bermula dari 15 Jun 2023 hingga 15 Ogos 2023 untuk anda berpeluang ke konsert eksklusif Aku Faizal Tahir!
Kekal dilindungi dengan perlindungan sehingga RM50,000 serendah RM50/setahun bersama Inisiatif Insurans Rahmah
Selain itu, Allianz juga ada menawarkan Pakej Perlindungan Rahmah. Pelbagai kelebihan dan banyak manfaat diterima terutamanya apabila anda melanggan polisi Allianz Motorcycle Plus dan polisi PerlindunganKu Allianz4All.
Jika anda beli atau memperbaharui mana-mana 1 daripada polisi-polisi ini dalam tempoh 'Kempen Allianz Rocks bersama Faizal Tahir', dari 15 Jun hingga 15 Ogos 2023, anda juga berpeluang untuk mendapat sepasang jemputan ke konsert eksklusif Aku Faizal Tahir*!
*Tertakluk pada terma dan syarat
Berikut adalah manfaat yang anda akan terima untuk produk Rahmah daripada Allianz:
Nak dapatkan jemputan tambahan ke konsert eksklusif Aku Faizal Tahir? Jom sertai kempen Experience10 yang gempak ini!
Sebagai tanda penghargaan eksklusif untuk pelanggan individu Allianz General dan Allianz Life*, anda juga boleh mendapatkan peluang untuk memenangi SATU pasang jemputan dengan menyertai kempen Experience10 melalui aplikasi MyAllianz.
Kepuasan 10/10 pelanggan adalah menjadi keutamaan kepada Allianz, dan pihak Allianz juga sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada anda.
Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah dibawah.
Langkah 1: Log masuk ke akaun individu pelanggan MyAllianz melalui aplikasi atau web di allianz.com.my/customer.
Langkah 2: Pergi ke halaman Kempen Allianz Experience10: Faizal Tahir di bawah tab "Campaigns" atau akses halaman Kempen melalui web di https://hub.allianz.com.my/customer/#/campaigns/details/361.
Langkah 3: Jawab semua soalan yang berkaitan dengan kempen ini.
Langkah 4: Klik butang "Setuju" kepada terma dan syarat dan selepas itu, klik butang "Hantar" untuk menghantar penyertaan anda.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Jadi apa tunggu lagi, jom langgan polisi insurans daripada Allianz sekarang!
Jangan lupa juga gunakan hashtag #AllianzRocks2023 #AllianzMalaysia #AkuFaizalTahir di media sosial anda!
Untuk maklumat lanjut berkaitan polisi Insurans Allianz dan kempen 'Allianz Rocks bersama Faizal Tahir', anda boleh sahaja klik di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!