Billboard Dato’ Vida Dan Datuk David Ini Terlalu ‘Power’ Sampai Ada Yang Hampir Accident
Memang kreatif habislah!
Cover image via SAYSUnik dan menarik. Itulah yang boleh digambarkan saat pertama kali kami melihat iklan billboard jenama susu pekat manis Dairy Champ yang viral baru-baru ini.
Papan iklan itu telah dinaikkan di beberapa batang lebuh raya di Lembah Klang sejak minggu lalu. Apa yang menarik perhatian ramai bukan sahaja 'model' jenama itu, tetapi cara imej model itu diletakkan.
Dua gambar duta baru produk tersebut iaitu Dato' Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato'Seri Vida dan Datuk David Arumugam telah dipotretkan sebagai Air Batu Campur (ABC) dan Teh Tarik.
Untuk iklan gambar Dato' Seri Vida, beliau dipotretkan sebagai ABC yang dituangkan susu Dairy Champ sebagai makhotanya manakala buat Datuk David Arumugam pula menggambarkan air teh tarik yang berbuih lebat sebagai rambutnya.
Image via Rita Aziz/Facebook
Ternyata idea yang diguna pakai Dairy Champ ini sangat berhasil kerana berjaya menarik minat orang ramai yang kini tidak henti-henti bercakap mengenainya. Bayangkan sampai ada yang nak accident tau! Haha…
Image via Rita Aziz/Facebook
Dato' Seri Vida turut memuatnaik gambar billboard tersebut di laman Instagram. Sehingga kini gambar tersebut menerima lebih 4 ribu likes dan beratus-ratus komen dari followers beliau.
Image via datoserivida

