seismik

"Lelaki Buat Pervert, Perempuan Buat Effort" - Netizen Kecam Gadis Ini Intip Rumah 'Crush'

Nak mencari jodoh boleh tapi jangan sampai jadi b*doh.

Cover image via Twitter @AWATNINews

Nak dapatkan jodoh memang perlu usaha, tapi janganlah sampai mengganggu privasi si dia

Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter gambar seorang gadis mengintip serta merakam 'crush' dari luar rumah yang telah menarik perhatian netizen.

Manakan tidak, dalam caption yang disertakan bersama gambar itu, ia seolah-olah membolehkan perbuatan mengintai atau stalking ini yang dianggap sebagai usaha gadis tersebut mendapatkan lelaki yang diminatinya.

Dipercayai pemilik asal yang memuat naik tweet tersebut telah pun memadamkannya ekoran mendapat kecaman hebat dari netizen. Tweet itu bagaimanapun sempat di-screenshot lalu dikongsikan semula oleh akaun parodi Twitter, @AWATNINews.

Ekoran tularnya tweet berkenaan, ternyata ramai netizen yang merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku

Masing-masing berpendapat dan beranggapan perbuatan mengintip yang dilakukan gadis itu adalah jenayah kerana ia melibatkan gangguan terhadap privasi seseorang.

Selain itu, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan pandangan 'berat sebelah' masyarakat di mana sekiranya seorang gadis yang melakukan perbuatan stalking ini, ia dianggap effort, manakala jika lelaki yang membuatnya, ia pula dianggap pervert.

Haih. Macam-macam perangai pelik manusia sekarang.

Image via MRW Gifs

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Ingat lagi pasangan ini buat main gambar daftar nikah mereka?

You may be interested in: