seismik

Netizen Pertahan Wanita Berhijab Ini Promosi Buku Pendidikan Seks Dengan Jenama Kondom

Tak salah pun, kan?

Cover image via asmaraku.com & Instagram @olevelove

Selebriti Instagram dari Indonesia, Citra Ayu Mustika mencetus kontroversi di kalangan netizen dengan iklan promosi untuk bukunya yang berjudul 'Uncensored'

Citra, yang memakai hijab terpapar dalam kedai dewasa online asmaraku.com yang menawarkan promosi buku tersebut. Pakej promosi ini turut hadir bersama sebuah kotak kondom, dan satu "joy kit", iaitu sebuah hadiah misteri.

Dari solehah menjadi solehot.

Image via asmaraku.com

Iklan tersebut memetik sepatah ayat nakal dari buku Citra yang berbunyi, "My hobby is travelling. His body is my favorite destination."

Laman web itu menyifatkan buku tersebut sebagai "buku panduan isteri solehot" yang mana 'solehot' itu merupakan gabungan perkataan 'solehah' dan 'hot'.

Ibu kepada dua orang anak ini begitu dikenali di Instagram kerana sikap terbukanya terhadap menyampaikan pendidikan seks secara lantang

Topik yang banyak diteroka olehnya adalah seperti menyusu badan dan seks selepas bersalin.

Citra juga berkongsi tip seks kepada lebih 141,000 pengikut dan menggunakan hashtag nakal #teronglyf dalam setiap posting, yang merujuk kepada gambar terung pada halaman depan bukunya itu.

Citra turut berkongsi cerita intim mengenai hubungan dia dan suaminya tanpa rasa segan, dan merupakan pendokong kepada amalan menyusu di kalangan ibu bekerja.

Para pengikutnya, kebanyakannya ibu muda memuji Citra kerana berani mengetengahkan topik kontroversial secara terbuka, serta muncul dalam iklan yang memaparkan kondom

Ramai juga mempertahankan keputusan Citra dalam melakukan sedemikian.

Seorang pengikutnya menulis, "Saya kesal, ini bukan tentang wanita hijabi atau kondom halal, dia seorang selebriti Instagram yang berkongsi banyak perkara mengenai penyusuan susu ibu dan kehidupan seksual ibu bapa yang baru.

"Ini adalah langkah yang berani untuk ibu-ibu hijabi. Untuk maklumat anda, itu adalah fotonya, bukunya, dan tagline-nya sendiri.

"Lagi pun, apa salahnya dengan wanita hijabi dalam iklan kondom? Bukankah kita dibenarkan membeli alat kontraseptif?"

Sementara itu, ada juga netizen yang berkata buku tersebut telah banyak membantunya melayari bahtera perkahwinan.

"Selepas saya berkahwin, saya membeli e-booknya. Bab-bab awal dalam buku tersebut begitu berkait rapat dengan hidup saya sehingga saya mula menangis sambil membaca. Kenapa tak ada orang cerita tentang betapa rumitnya alam perkahwinan? Ini adalah bacaan yang baik mengenai pendidikan seks untuk perkahwinan," tulis individu itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Haaa jangan terkejut!

You may be interested in: