Netizen Pertikai Pencalonan Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar Dalam Kategori ‘Influencer’
Bukan level mereka lah.
Kalau dahulu, hanya para selebriti atau ahli politik sahaja yang dikenali ramai tapi kini nampaknya sudah muncul golongan baru yang digelar sebagai influencer
Sebenarnya tidak susah pun untuk bergelar seorang influencer ini, hanya perlu mempunyai pengikut yang ramai di media sosial iaitu sekurang-kurangnya lebih 5 ribu orang sudah memadai untuk mendapat gelaran tersebut.
Selain itu, netizen turut dimomokkan 'gaji' yang diterima golongan influencer ini membuatkan ramai yang memasang angan-angan untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya pada masa akan datang.
Terbaru, muncul pula anugerah baru yang diwujudkan bagi menghargai para influencers ini dalam sebuah majlis anugerah berprestij tanah air
Dipercayai, kategori baru itu diwujudkan bagi menggantikan tiga kategori lama iaitu program radio, penyampai radio dan artis lawak.
Setakat ini, sebanyak 20 pencalonan diumumkan dan antara yang tersenarai adalah Dr Amalina Che Bakri dan Datuk Dr Sheikh Muszhapar di samping para influencers popular seperti Cupcake Aisyah, Sofyank, Cik B dan lain-lain.
Susulan itu, ramai yang berpendapat bahawa Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszhapar tidak sewajarnya diletakkan sama taraf dengan influencers lain
Dalam pada itu, turut bersetuju dengan warganet adalah pendakwah bebas, Ustaz Ad-Dien yang berkongsi pandangan di laman Twitter miliknya
Tidak dinafikan bahawa kedua-dua mereka sangat bagus dalam bidang masing-masing dan mereka juga banyak mempengaruhi orang ramai di media sosial masing-masing
Dalam erti kata lain, itulah makna influencer sebenar, kan?