[VIDEO] “Epic Comeback!” - Netizen Puas Hati Bila Mangsa Buli Belasah Balik Pembuli
Sebijik macam cerita Buli Balik!
Semakin banyak kes buli yang kita dengar sekarang, malah lebih membimbangkan apabila kes-kes sebegini ada yang bermula seawal 10 tahun lagi
Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Apa akan jadi dengan generasi-generasi muda bila perkara ini semakin berleluasa?
Selain itu, apa pula inisiatif yang diambil untuk mengatasi isu ini?
Terbaru, tular di laman Twitter video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipukul oleh dua orang 'rakannya'
Dalam video berdurasi 29 saat itu yang dikongsi pengguna Twitter, DausNjr kelihatan mangsa buli seakan redha apabila dipukul dan ditendang oleh dua 'rakan' serta hanya menutup wajahnya sahaja.
Dalam pada itu, pengguna Twitter, 999Malaysia mengatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut dipercayai berumur 14 tahun dan merupakan pelajar sekolah agama di Pasir Puteh, Kelantan.
"Polis menahan 10 pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh bagi menyiasat kes buli membabitkan seorang rakan mereka jam 11 pagi pada 21 November 2019.
"Mangsa dipercayai kerap dibuli supaya menyiapkan kerja sekolah mereka," tulisnya.
Namun, video tersebut mempunyai plot twist apabila mangsa akhirnya membalas semula perlakuan pembuli tersebut
Susulan itu, ramai netizen yang bertepuk tangan apabila si pembuli pula yang 'terkena' untuk kes kali ini
Tapi kan, insiden ini macam sama dengan filem Buli Balik arahan Afdlin Shauki satu ketika dulu. Ingat lagi tak?