Hubungi Pelajar Terbangun Lambat Untuk Masuk Kelas, Cara Lembut Pensyarah Ini Dipuji Ramai
Paling best, Puan Saadah siap pesan untuk bawa motor elok-elok, tidak perlu 'rushing'.
Bergelar seorang pendidik bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, tetapi juga sifat sabar dan tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan
Lebih-lebih pada masa ini yang mana pelajar-pelajar kini dikatakan semakin manja.
Meskipun begitu, sebagai pendidik, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak diri para pelajar. Kadangkala digelar 'ibu bapa kedua', para pendidik ditugaskan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar mereka menjadi manusia yang berguna pada masyarakat kelak.
Berdepan dengan pelajar bermasalah adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi setiap mereka yang bergelar pendidik. Namun begitu, atas dasar tugas serta minat mengajar itu, setiap pendidik harus memikirkan cara yang efektif dalam menanam minat untuk belajar dalam diri pelajar-pelajar mereka.
Lain orang lain caranya untuk mendekati pelajar ketika berada dalam kelas. Begitu juga dengan seorang pensyarah ini yang telah meraih perhatian ramai setelah satu rakaman video tular di media sosial.
Dalam video yang viral di laman Twitter itu menunjukkan seorang pensyarah wanita menghubungi pelajarnya yang terlepas masuk kelas kerana terbangun lambat
Menariknya, cara pensyarah dari Politeknik Seberang Perai itu yang lemah-lembut menegur pelajar berkenaan dipuji warganet
Dalam video berdurasi 30 saat itu menunjukkan pensyarah wanita tersebut sedang menghubungi pelajarnya yang dipercayai tidak menghadiri kelas kerana terbangun lewat.
Dengan nada yang tenang lagi lemah-lembut, pensyarah yang bernama Puan Saadah itu menasihati pelajar tersebut untuk tetap menghadiri kelasnya, meskipun lambat, kerana ilmu itu penting.
Bukan itu sahaja jika didengar menerusi video itu juga, Puan Saadah masih sempat memberi pesanan kepada pelajarnya agar tidak rushing untuk ke kelas.
Lihat video penuh di bawah: