Niat Murni Beli Produk Minda Untuk Cucu, Nenek 76 Tahun Bertuah Menang Proton e.MAS 7 PHEV
Disebabkan faktor usia, Puan Azizah telah diwakili oleh anaknya, Azizi Zulfadzly yang berada di lokasi acara.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula dengan sekadar niat ikhlas untuk menyokong perkembangan minda cucu-cucunya, seorang nenek berusia 76 tahun tidak menyangka rezekinya bertukar luar biasa apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kempen Scan & Win Extravaganza 2026 anjuran Eskayvie
Puan Azizah binti Mohd Noor, yang berasal dari Bandar Kinrara, Puchong, berjaya membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik terbaharu, Proton e.MAS 7 PHEV yang bernilai lebih daripada RM120,000.
Pengumuman bertuah itu dibuat pada malam Grand Finale Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) yang berlangsung pada hari Ahad lalu. Disebabkan faktor usia, Puan Azizah telah diwakili oleh anaknya, Azizi Zulfadzly bin Mohd Zawawi, yang berada di lokasi acara ketika nama ibunya diumumkan secara rasmi di atas pentas.
Menurut Azizi, ibunya mula mengenali produk Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior menerusi perkongsian video di platform TikTok sebelum memutuskan untuk membuat pembelian demi cucu-cucunya yang sedang membesar dan masih bersekolah. Beliau menegaskan bahawa pembelian tersebut dibuat semata-mata kerana kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya, bukannya untuk mengejar hadiah peraduan.

Detik pengumuman pemenang hadiah utama Scan & Win Extravaganza 2026 yang membawa pulang Proton e.MAS 7 di Grand Finale TTMM2.
Image via EskayvieSelain membawa pulang hadiah utama, keluarga Puan Azizah turut berkongsi kegembiraan apabila melihat perubahan positif dalam rutin harian anak-anak mereka selepas mengamalkan produk kesihatan minda berkenaan selama lebih dua bulan.
Antara perubahan ketara yang dilihat termasuklah peningkatan fokus ketika belajar, semangat yang lebih tinggi untuk ke sekolah, serta corak tidur yang lebih teratur di mana mereka kini tidur lebih awal dan bangun dalam keadaan yang lebih cergas pada waktu pagi.
Terima sambutan luar biasa dengan mencatatkan sebanyak 177,131 penyertaan dari seluruh negara
Kempen Scan & Win Extravaganza 2026 ini merupakan sebahagian daripada pengisian inisiatif BoosterMinda: Serlahkan Potensi Anak Anda yang digerakkan oleh Eskayvie. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan menyokong perkembangan serta potensi penuh kanak-kanak melalui gabungan nutrisi yang betul, perhatian yang sewajarnya, dan penyediaan peluang yang tepat.
Sepanjang tempoh kempen berjalan, ia telah menerima sambutan yang luar biasa dengan mencatatkan sebanyak 177,131 penyertaan dari seluruh negara.
Eskayvie turut menawarkan pelbagai hadiah mingguan menarik dengan nilai keseluruhan mencecah RM300,000 sepanjang kempen ini berlangsung, termasuk gajet premium, barangan gaya hidup moden, dan jongkong emas. Selain Puan Azizah yang merangkul hadiah utama, dua lagi finalis bertuah tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai saguhati bernilai RM1,000 seorang.
Bagi pihak pengurusan Eskayvie, penganjuran kempen ini merupakan manifestasi penghargaan tertinggi kepada para pelanggan setia yang menyokong visi syarikat dalam memperkasakan kesejahteraan minda generasi masa depan Malaysia.

Detik penuh kegembiraan buat Azizi Zulfadzly Mohd Zawawi yang mewakili ibunya, Puan Azizah Mohd Noor sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Proton e.MAS 7 Scan & Win Extravaganza 2026 di Grand Finale TTMM2.
Image via EskayvieLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


