seismik

Nike Pilih Model Malaysia Sebagai Wajah Kepada Pakaian Renang Patuh Syariah Baru Mereka

Hebat sis!

Cover image via

Baru-baru ini, Nike perkenalkan koleksi pakaian renang patuh syariah yang pertama keluaran mereka

Menurut Nike, pakaian renang patuh syariah yang baru diperkenal untuk atlet wanita Muslim ini ringan, breathable, cepat kering, bebas bergerak, dan mempunyai perlindungan UPF 40+.

Koleksi ini akan membolehkan wanita Muslim memilih dari baju renang lengkap atau kepingan individu termasuk tudung renang, topi tunic, dan leggings.

"Sedang kami memperluas visi kami untuk inovasi, kami teruja untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita melihat diri mereka dalam sukan dengan berfikir secara kreatif dan mereka bentuk secara inklusif.

"Bagi kami, koleksi Nike Victory Swim menunjukkan kuasa inovasi bagi menggalakkan semua wanita untuk bergembira dalam bersukan," kata pengarah kreatif Nike, Martha Moore dalam satu kenyataan.

Lebih menarik, Nike Victory Swim digayakan oleh seorang anak Malaysia yang juga model dan pelajar di UK

Beliau adalah Arinna Erin Wira, seorang model, pendukung fesyen hijab dan aktivis renang.

Arinna Erin merupakan model yang bernaung di bawah syarikat BAME Model & Talent Management, salah sebuah agensi pengurusan bakat dan model di UK yang bertanggungjawab menjaga model yang datang dari latar belakang di luar eropah.

Image via Nike

Bercakap tentang pakaian renang tersebut, Arinna berkata, "Apa yang saya perhatikan ketika saya berenang dalam pakaian ini ialah hijab saya tidak tertanggal. Ia seakan melekat dan tidak terangkat sama sekali."

Arinna baru-baru ini menamatkan pengajian Master of Science di Brunel University di London dalam jurusan Perisikan Perniagaan dan Media Sosial

View this post on Instagram

Bismillah... In 2013, my dad told me I didn’t need to go for my diploma graduation ceremony because I’d be going for my undergrad and Masters graduation ceremony in the future. I thought he was crazy and was dreaming way too big especially when I literally just finished my diploma, the fact that he was already thinking about Masters was too much for me to comprehend. One thing about me is that I have the biggest self doubt anyone could ever possess. I look down on myself more than anyone else could. My parents are the reason I am who I am today, the constant lectures, repetitive arguments, pressuring me to do things I didn’t want to do only because I had no self confidence, telling me I could do so much more if I just push myself and go beyond my insecurities. Ngl, it took me 6 years to believe them. I thought I knew myself more than they knew what I was capable of doing. I thought I was a failure even without trying. They didn’t see that obviously, they saw something in me that wasn’t even there yet. My dearest sweetest mummy has always been there from my lowest lows to my highest highs. She’s the main reason why I became a model, she’s the person who encouraged me to try new things and just ‘go for it.’ I had the best of both worlds, striving in my studies and experimenting with the creative/ artistic side. I had THE WORST year in London, hated my parents for sending me here to suffer. Stayed in my dorm for an entire year, refused to live life. Was thinking way too much about not spending money so I won’t be a burden, everything became an issue because I was just miserable. But they knew it would change if I just put the effort to change the direction of my view. Long story short, they were right about everything. It’s 2019, I am now a degree holder of Master of Science In Business Intelligence and Social Media and I am happy and grateful for the opportunities that have come my way. This is for my parents, I am forever indebted to them. Daddy’s back home in Malaysia but he made sure I knew I made him proud. I love you both so much

A post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on

Satu tweet yang meraikan Arinna menjadi model Nike turut tular pada 11 Disember lalu

Arinna berkata sebagai pentegar aktiviti renang, beliau sentiasa mahukan pakaian renang yang berfungsi dengan baik dan bukan hanya sedap dipandang

"Saya suka berenang. Ia adalah sifat kedua saya kerana apabila saya berenang, saya berasa tenang, saya berasa ringan dan gembira.

"Menjadi seorang hijabi tidak pernah menghalang saya daripada melakukan perkara-perkara yang saya suka. Ini adalah sebahagian daripada diri saya yang saya hargai. Kita semua tahu kepayahan untuk mencari baju renang yang sempurna yang menutup aurat, malah sesetengah orang memilih untuk tidak berenang sama sekali.

"Islam menggalakkan kita untuk kekal aktif dan sihat; ini termasuk berenang. Walaupun saya tidak pernah membiarkan apa-apa menghalang saya daripada berenang, saya masih mahukan pakaian renang yang berfungsi dengan baik. Apabila saya menyarungkan Nike Victory Swimsuit, ia terasa tepat," tulis Arinna di Instagram.

Cayalah Arinna Erin! Semoga terus sukses di masa hadapan. :)

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Orang kita memang hebat!

You may be interested in: