NOIR Perkukuh Agenda Eksport Menerusi Penajaan Rasmi Acara WiEX @ MIHAS 2026
Majlis pemeteraian penajaan itu merangkumi aktiviti pengukuhan jenama, peluang perdagangan dan komunikasi bersama.
Cover image via NOIRFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. (NOIR) secara rasminya telah memeterai penajaan bernilai RM300,000 bagi acara Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026 baru-baru ini
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk memperluas akses pasaran eksport, membina rangkaian perdagangan antarabangsa, serta menggalakkan usahawan wanita Malaysia meneroka pasaran global.
Majlis pemeteraian penajaan yang merangkumi aktiviti pengukuhan jenama, peluang perdagangan dan komunikasi bersama ini berlangsung di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
Menerusi WiEX @ MIHAS 2026, usahawan wanita dihubungkan dengan ekosistem perdagangan antarabangsa menerusi pameran, pemadanan perniagaan, program perolehan antarabangsa, forum, dan Anugerah WiEX.
Ketua Pegawai Eksekutif ES Exhibition Services Sdn. Bhd. selaku penganjur MIHAS 2026, Faizal Razak, memaklumkan bahawa edisi WiEX tahun ini menyediakan ruang pendedahan pasaran buat 80 pempamer, merangkumi 60 penyertaan tempatan dan 20 penyertaan antarabangsa.

Sasaran eksport melebihi RM600 juta menjelang 2029
Ditubuhkan pada 2017 oleh Eriyca Baiduri Abd Rashid (lebih dikenali sebagai Madammu), NOIR bermula dengan jualan 1,000 unit UV White Foundation sebelum berkembang kepada portfolio produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan diri, dan suplemen.
Kini, fokus pertumbuhan NOIR beralih kepada penilaian potensi pasaran, pengukuhan hubungan bersama pembeli, dan kesiapsiagaan eksport menerusi Pelan Hala Tuju Antarabangsa 2026–2029:
- 2026: Fasa asas pembinaan jaringan dan penilaian potensi pasaran.
- 2027: Peluasan pasaran ke Asia Tenggara.
- 2028: Peluasan pasaran ke Timur Tengah.
- 2029: Peluasan pasaran ke Eropah.
Menerusi pelan ini, NOIR menyasarkan penglibatan dengan lebih 50 buah negara, pembangunan lebih 100 hubungan perniagaan, serta penjelajahan ke tiga rantau utama demi mencapai sasaran hasil eksport melebihi RM600 juta menjelang tahun 2029.
Pemerkasaan usahawan wanita & pengiktirafan halal
Pengasas NOIR, Madammu, menegaskan bahawa penajaan ini membawa mesej bahawa kejayaan usahawan wanita tidak sepatutnya terhad kepada pasaran domestik sahaja.
"Usahawan wanita tidak seharusnya mengehadkan impian mereka hanya untuk berjaya dalam negara. Kita juga mempunyai kemampuan untuk membina produk, jenama dan perniagaan yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk sampai ke tahap itu, kita perlu berani melangkah keluar, menambah ilmu, memahami pasaran dan memanfaatkan platform yang telah disediakan untuk membantu usahawan berkembang.
"Bagi NOIR, penajaan ini bukan hanya mengenai kedudukan kami sebagai sebuah jenama. Kami mahu lebih ramai usahawan wanita melihat WiEX sebagai jambatan untuk membawa perniagaan mereka lebih jauh. Jika kita sudah mampu membina pasaran di Malaysia, langkah seterusnya ialah mempunyai keberanian untuk melihat peluang di luar negara," kata beliau.
Penglibatan NOIR dalam ekosistem halal antarabangsa turut diiringi pencapaian cemerlang apabila syarikat menerima Halal Prominent Brand Excellence Award pada International Halal Economic Awards 2026, manakala Madammu dinobatkan sebagai penerima W.I.S.H. Global Halal Beauty Icon 2026.
Dalam fasa seterusnya, NOIR bersedia meneroka kerjasama strategik bersama pengedar, rangkaian peruncitan, rakan niaga e-dagang, farmasi, serta rakan pengilangan OEM dan ODM bagi menyokong peluasan pasaran mengikut keperluan negara sasaran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


