seismik

Gadis Ini Adalah Rakyat Malaysia Pertama Sertai Ratu Cantik New Zealand. Dan Dia Berhijab!

Bukan setakat beauty with brain tapi berhati mulia juga!

Cover image via Instagram @nurulzbshamsul

Nurul Shamsul, 20, telah mencatatkan rekod dengan menjadi wanita Islam pertama yang disenarai pendek dalam Top 20 Miss Universe New Zealand

Walaupun dia bukanlah gadis Islam bertudung pertama yang menyertai pertandingan Miss Universe, namun, Nurul Shamsul telah mencipta sejarah dengan menjadi gadis Melayu pertama yang berbuat demikian.

Pelajar yang dilahirkan di Ampang, Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia ini telah dibesarkan di New Zealand semenjak usianya 5 tahun.

Dalam akaun Instagramnya (@nurulzbshamsul), dia berkata, "Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya berada di peringkat akhir untuk Miss Universe New Zealand!"

Merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan psikologi, Nurul Shamsul menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran

"Saya suka membantu masyarakat berkembang maju dan membebaskan dan memperkasakan individu di masa hadapan," katanya.

Di samping itu, dia juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip pertandingan ratu cantik serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.

"Saya harap peluang ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu," katanya lagi.

Walaupun dibesarkan di New Zealand, gadis ini tidak pernah melupakan asal usulnya

Menerusi salah satu post di Instagramnya, dia menulis: "Adalah penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Bangga dengan diri anda."

Dia menambah: "Dari pengalaman saya sendiri, apa yang saya suka tentang New Zealand adalah penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Inilah yang menjadikan New Zealand unik - semua budaya yang ada. Oleh itu, jangan takut menjadi diri anda sendiri jangan lupa tentang asal usul anda. "


Pusingan akhir bagi Ratu Cantik New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos 2018 di SKYCITY Theater.

All the best Nurul Shamsul!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel yang membanggakan rakyat Malaysia di SAYS Seismik:

You may be interested in: