Objek Bulat Seperti Api Muncul Di Kebun Getah, Wanita Dakwa Jumpa ‘Polong’
Seram!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penduduk di Rembau, Negeri Sembilan digemparkan dengan penemuan sebuah objek berbentuk bulat seperti api yang dilihat bergerak ke depan dan belakang di sebuah kebun getah berhampiran tanah perkuburan baru-baru ini
Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu dirakam seorang wanita, Shahirah Haris, 33, ketika dia datang menziarahi pusara bapanya bersama anaknya kira-kira pukul 7 malam pada 11 Ogos lalu.
Menurut Shahirah, dia pada awalnya menyedari sesuatu bergerak di dalam kawasan kebun getah tersebut ketika mahu turun dari kenderaan untuk membuka pagar tanah perkuburan.
"Saya perasan seperti ada pergerakan api di dalam kawasan kebun getah tersebut. Saya melihat dengan jelas bentuk 'benda' itu yang bulat dan seperti api," katanya.
Katanya, objek berkenaan dilihat bergerak berulang-alik selama kira-kira tiga hingga empat minit sebelum pergerakannya seakan-akan terhenti selepas dia menegur dengan berkata "apa tu".
"Saya sempat merakam, tetapi mengambil keputusan untuk balik kerana sedang membawa anak kecil dan tidak mahu merisikokan anak," katanya lagi.

Shahirah kemudian meminta kakak saudaranya memeriksa lokasi berkenaan, namun objek tersebut sudah tidak kelihatan
Menurutnya, kejadian sama juga tidak lagi berlaku selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.
Video berdurasi kira-kira seminit yang sudah dipadam itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Malah, terdapat individu yang mendakwa pernah melihat kejadian seakan-akan sama di kawasan tanah perkuburan tersebut pada waktu lain. Walau bagaimanapun, identiti atau punca sebenar objek yang dirakam berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via