seismik

OHBULAN! Anjur Kempen Kesedaran Penyakit Mental 'Besties, Pape Roger'

#BestiesPapeRoger - Penyakit Mental Bukan 'Gila'.

Cover image via Besties , Pape Roger , OHBULAN!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam usaha mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental, OHBULAN! dengan kerjasama Mental Illness Awareness and Support (MIASA) mengumumkan pelancaran Kempen Kesedaran Penyakit Mental, 'Besties, Pape Roger'!

Kempen yang akan berlangsung selama satu bulan ini juga seiring dengan sambutan ‘Hari Kesihatan Mental Sedunia’ yang diadakan pada tanggal 10 Oktober setiap tahun.

Penyakit mental adalah satu isu yang semakin meruncing terutamanya selepas pandemik Covid-19 di Malaysia. Menurut data, individu yang mendapatkan sokongan melalui Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS), sebuah inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mencatatkan peningkatan lima kali ganda pada tahun 2022 berbanding dengan tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, 10 Oktober 2022).

Selain itu, Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 menunjukkan bahawa satu dari tiga rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas menghadapi cabaran dalam kesihatan mental. Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bahawa 2.3% daripada orang dewasa dan 9.5% daripada kanak-kanak berusia 10 sehingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dan KKM meramalkan bahawa peratusan ini dijangka akan terus meningkat.

Kempen 'Besties, Pape Roger' sedia maklumat mengenai penyakit mental

Dengan kerjasama erat bersama MIASA, kempen ini bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan. Kempen 'Besties, Pape Roger' juga bertujuan memerangi stigma dan membongkar stereotaip untuk mencipta persekitaran yang lebih prihatin dan mempromosikan kesejahteraan holistik.

Presiden dan Pengasas MIASA, Anita Abu Bakar berkata, “Semua penyakit mental berpotensi untuk sembuh, namun mereka perlukan satu pendekatan menyeluruh dan rawatan secara konsisten dari masa ke semasa kerana simptom selalunya akan berulang. Oleh itu, setiap individu memerlukan jangka masa yang berbeza-beza untuk sembuh.”

Beliau menambah, bahawa bukan mudah seseorang individu untuk menerima diagnosis masalah penyakit mental kerana ia hadir dengan banyak tanggapan dan label negatif. Malah, ada juga individu yang berada di dalam fasa penolakan dan hilang keyakinan diri.

Ketua Operasi dan Pemasaran, TikTok Malaysia, Hooi Yin Yin berkata, “Perubahan perlu dimulakan dengan dialog. Kempen ‘Besties, Pape Roger’ berakar umbi dengan kepercayaan bahawa perbualan yang jujur dan empati antara individu boleh memecahkan stigma mengenai kesihatan mental.

“Apabila kita mendorong perbualan yang jujur, ia membuka ruang kepada individu untuk berkongsi pengalaman, belajar dari satu sama lain, mencari bantuan dan jalan kepada kehidupan yang lebih sihat, selamat dan komuniti berdaya tahan,” katanya.

Ketua Kandungan, Rangkaian Bahasa Melayu di REV Media Group, Noraniza Azmi berkata,"Isu kesihatan mental seakan-akan topik tabu dalam kalangan rakyat Malaysia dan rata-rata masih malu ataupun tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, inisiatif ini diharap dapat membantu individu yang mengalami penyakit mental untuk mencari jalan penyelesaian."

“Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga mahu menggalakkan komuniti untuk memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami,” kongsinya.

Perkongsian peribadi daripada selebriti tanah air

Mengaplikasi kekuatan OHBULAN! sebagai Laman Sosialtainment nombor satu di Malaysia, pihak editorial menemubual beberapa selebriti terkemuka tanah air untuk berkongsi pengalaman mereka menangani isu penyakit mental.

Pengurus Kempen “Besties, Pape Roger”, Azyan Shorlokman yang juga merupakan penulis kandungan di portal OHBULAN! berkata, “Pihak editorial sangat berbesar hati apabila ramai selebriti dan juga pempengaruh terkenal tampil untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka. Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri, dan Ayu Hot FM.” 

Beliau turut menekankan bahawa penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Laman sesawang khas untuk kempen 'Besties, Pape Roger'

Selain daripada kandungan artikel, video dan media sosial khas untuk kempen, OHBULAN! menyediakan satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan individu untuk meluahkan perasaan secara anonim.

Menerusi platform tersebut, audiens dapat berkongsi kisah mereka tanpa rasa risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ohbulan.com/bestiespaperoger/!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: