seismik

[VIDEO] Sanggup Bawa Mi Segera Negara Asal, Orang China Kutuk Makanan Malaysia Tak Sedap

Nasib ada brother Chinese tolong back up!

Cover image via @mandarinjer (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan pelancong China mengadu makanan Malaysia tak sedap

Dia dan teman wanitanya dipercayai datang ke Malaysia untuk melancong. Rakaman videonya menunjukkan dia mengadu bahawa makanan di Malaysia semuanya tak sedap.

"Datang Malaysia kena bawa mi segera, di sini bukan setakat makanan di restoran tak sedap, malah mi segera yang dijual juga tak berapa sedap"

Dia menasihati orang ramai supaya membawa mi segera yang kena dengan selera masing-masing dari rumah. Dia juga mengadu mi segera di Malaysia sangat biasa.

Teman wanitanya bersetuju dengan kenyataan itu. Dia siap berkata duduk di Malaysia boleh kurus sebab makanan semua tak sedap.

"Siapa nak kurus, boleh datang Malaysia", kata lelaki tersebut.

Seorang lelaki Cina tampil sound pelancong itu

Lelaki tersebut bertindak memaki pelancong China itu kerana apa yang dikatakan agak kasar. 

Lelaki itu menjelaskan hubungan negara Malaysia dan China telah lama dijalinkan. Tugu Zheng Ho di Kuching itu bertujuan untuk memperingati hubungan Malaysia dan China yang hampir 30 tahun. 

"Di Kuching, ramai peniaga dari China lagi-lagi berniaga makan, orang China yang saya kenal semuanya baik-baik. Mudah adapt, tapi dua orang ini dari China datang Malaysia untuk complaint makanan tak sedap,"

"Sanggup makan mi, saya sendiri pun pernah je pergi China sebelum ini, banyak je makanan yang saya rasa tak sedap bagi saya, memang tak kena langsung"

"Kadang awak cakap sedap, bagi kami tak sedap. Kenapa? Sebab kami tak buat research, kami tak tahu kat mana makanan sedap, tapi kalau ada rakan-rakan internet kenalkan tempat makan sedap, confirm kami akan pergi try"

"Korang dah lah datang tak buat research, pastu nak complaint makanan tak sedap" katanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebenarnya dia ikut tekak masing-masing, janganlah pukul rata semua makanan di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: