“Pandemik Covid-19 Masih Jauh Untuk Berakhir” - Ketua Pengarah WHO
"Dunia patut lebih awal dengar dan berhati-hati dengan apa yang WHO perkatakan."
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan kebimbangan tertinggi pada peringkat awal mengenai pandemik Covid-19 ini
Malangnya, tidak banyak negara yang mengambil serius akan amaran yang telah dikeluarkan sejak awal lagi.
Menurut laporan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa organisasi itu telah mengeluarkan amaran penularan pandemik Covid-19 itu seawal 30 Januari 2020. Pada ketika itu, masih tiada kematian direkodkan dan hanya 82 kes positif telah disahkan di luar China.
"Dunia patut lebih awal dengar dan berhati-hati dengan apa yang WHO perkatakan"
Tedros menegaskan agensi itu sudah mengeluarkan nasihat sejak awal berdasarkan bukti sains terbaik. Namun malangnya, pihak WHO tidak mempunyai mandat untuk memaksa setiap negara untuk mendengar nasihat organisasi itu.
Dia turut mengatakan bahawa, "Kita sudah menasihatkan kepada dunia supaya melakasanakan pendekatan kesihatan awam yang komprehensif iaitu mengesan kontak rapat, ujian saringan, lakukan pengasingan.
"Ia bergantung kepada negara masing-masing untuk terima atau menolak. Kita boleh lihat sekarang negara (yang dengar nasihat WHO) lebih baik berbanding negara lain," katanya.
Pihak WHO juga bimbang akan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin serta beberapa negara Asia lain
Jelasnya lagi, "Ketika beberapa negara di Eropah melonggarkan sekatan susulan pengurangan kes, kami mendesak negara-negara ini mencari, mengasingkan, menguji dan merawat semua kes dan mengesan kontak untuk memastikan trend penurunan ini berterusan.
"Masih banyak yang perlu dilakukan kini dan yakin tindakan yang betul akan membolehkan dunia mengelak jangkitan gelombang kedua," katanya.
Pandemik Covid-19 masih jauh lagi untuk berakhir"