Pantun ‘Dedak’ PM Jadi Viral, Giliran Netizen Pula Berbalas Pantun. A Samad Said Pun Join!
Pantun berbalas pantun.
Bagi mereka yang menonton pembentangan #Bajet2017 pada 21 Oktober lalu, pastinya anda terdengar beberapa pantun yang disampaikan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
Namun, dalam banyak-banyak pantun yang disampaikan beliau, pantun mengenai BR1M amat menarik perhatian ramai.
Dedak bukan, umpan pun bukan,
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 21, 2016
BR1M yg ikhlas satu pemberian,
Keperluan rkyt kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan#Bajet2017
Magisnya, perkataan ‘dedak’ menjadi pilihan Najib memulakan rangkap pertama pantunnya itu. Sebaik sahaja beliau menghabiskan pantun tersebut, beliau diberi tepukan oleh ahli-ahli parlimen yang lain.
Nampaknya netizen begitu tertarik dengan pantun tersebut. Mereka mula memberi respon dengan membuat pantun versi masing-masing. Ternyata masyarakat kita memang ramai yang pandai berpantun.
Tidak ketinggalan, selang beberapa jam, Sasterawan Negara A Samad Said juga memberi pantun di laman Twitter yang seolah-olah respon terhadap pantun yang diberikan Najib Razak
Masuk ke hutan muncul di rimba;
— A Samad Said (@asamadsaid) October 21, 2016
selam di tasik, timbul di laut.
Bajet umpama simbahan gula;
yang heboh, beri; yang senyap, kaut.
Nampaknya pantun beliau juga mendapat respon orang ramai. Rata-rata memberi pantun yang menyifatkan sikap pembangkang sewaktu pembentangan tersebut.
@asamadsaid masuk ke rimba cari periuk,periuk terjumpa di celah bamboo,knapakah pmbgkang berperangai spt beruk,ini parlimen bukannya zoo!
— J. KESDARAN BMIPUTRA (@fazlimfi) October 21, 2016
@fazlimfi @asamadsaid masa kecil sering ke zoo, belajar mengenal setiap binatang, yb pmbangkang ada akai,tp sayang letak di lutut .
— AimanAirin (@AimanAirin) October 21, 2016
@asamadsaid
— Gabriella (@DGabriellaL) October 22, 2016
I only wanted to have fun
Learning to fly learning to run
MPs sentap keluar dewan
Perangai yang ini tiada pantun ke Tuan?
Bagaimanapun, sebelum mengakhiri ucapan, Najib Razak sempat menyampaikan serangkap pantun:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!