seismik

Papar Kisah Benar Pengasas Elrah Exclusive, Filem Pendek "Mak" Buat Ramai Penonton Sebak

Saksikan filem pendek penuh "Mak" ini yang akan dilancarkan di YouTube dan semua media sosial Elrah Exclusive pada 27 Mac ini.

Cover image via @elrahexclusive (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Elrah Exclusive, salah satu jenama terkemuka dalam industri pakaian Malaysia telah melancarkan tayangan filem pendek eksklusifnya sempena 10 tahun dalam industri fesyen tanah air

Acara itu telah berlangsung pada 21 Mac lalu di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Seramai 500 peminat, keluarga dan rakan niaga Elrah Exclusive berkumpul meraikan pencapaian luar biasa sedekad jenama itu.

Dalam pada itu, acara itu turut mengumpulkan beberapa personaliti dari dunia hiburan tanah air, menambah lagi keterujaan pada acara berkenaan.

Antara tetamu terkenal ialah El Azman, yang merupakan pengasas Elrah Exclusive itu sendiri. Selain itu, Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen, dan Fadhli Masoot yang merupakan duta-duta jenama Elrah Exclusive pada tahun ini juga turut hadir pada majlis sambutan tersebut.

Pengasas Elrah Exclusive, El Azman (dua dari kiri) ketika berucap pada majlis sidang media tayangan filem pendek Elrah Exclusive.

Image via @elrahexclusive (Instagram)

Paparkan kisah sebenar pengasas Elrah Exclusive menerusi filem pendek "MAK"

Filem pendek tersebut adalah berdasarkan kisah benar pengasasnya, El Azman. Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini adalah berkisahkan perjalanan seorang remaja, Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya.

Filem "MAK" ini menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.

Untuk rekod, Elrah Exclusive merupakan salah satu jenama yang terkenal dalam fesyen baju Melayu lelaki. Ia sering mempersembahkan koleksi baju Melayu dan kurta yang tersendiri, melambangkan gaya dan keunggulan untuk si pemakai.

Ditubuhkan pada tahun 2014 di Bangi Sentral, Elrah Exclusive telah meluaskan jenamanya di seluruh Malaysia, dan kini melebarkan sayapnya ke pasaran Asia Tenggara. Ia juga telah menjadikan jenama ini sebagai “TOP BRAND IN ASIA”.

Setiap koleksi yang direka dengan teliti mencerminkan revolusikan industri fesyen terkini, terutamanya dalam baju Melayu.

Barisan produk Elrah Exclusive memenuhi keperluan lelaki dengan mempromosikan ciri ketahanan dan penggunaan kain tekstil yang menjamin keselesaan kepada si pemakai.

Direka bentuk untuk memudahkan pemakaiannya, produk Elrah Exclusive melangkaui halangan usia, menggabungkan keanggunan abadi dan gaya kontemporari.

Beroperasi sebagai sebuah syarikat milikan tunggal, komitmen El Azman berpunca daripada aspirasinya untuk memupuk komuniti yang berfesyen, dimana individu menunjukkan keyakinan dalam menggayakan produk Elrah Exclusive.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: